link : 2 Pasangan Kekasih Edar Dadah Ditahan
2 Pasangan Kekasih Edar Dadah Ditahan
BALIK PULAU – Dua pasangan kekasih dipercayai terbabit dengan kes pengedaran dadah di sekitar daerah ini ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bayan Lepas dan Bukit Jambul dekat sini, awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A. Anbalagan berkata dalam serbuan pertama seorang lelaki berusia 29 dan pasangannya, 22 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara ditahan di tepi jalan Datuk Ismail Hashim, Bayan Lepas kira-kira 1 pagi semalam.
“Pemeriksaan di laci ‘dashboard’ (papan pemuka) bahagian penumpang hadapan menemukan sebuah beg hitam yang mengandungi dua paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin seberat kira-kira 28 gram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini, hari ini.
Beliau berkata ketika ditahan pasangan itu didapati positif dadah dan lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah.
Bagi kes kedua beliau berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun dan pasangannya, 23, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Jambul Court, Bukit Jambul dekat sini, kira-kira 2 pagi semalam.
Anbalagan berkata pemeriksaan polis menemukan dadah jenis heroin dianggarkan seberat 1.508 kilogram serta syabu seberat kira-kira 54 gram dan pasangan itu disyaki terlibat dengan pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.
Katanya, pasangan berkenaan juga didapati positif dadah ketika ditahan manakala suspek lelaki mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah lain.
Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung hingga mati mandatori.
“Semua suspek kini direman hingga 27 Jun ini untuk siasatan lanjut dan jumlah keseluruhan anggaran nilai harga pasaran dadah yang dirampas dalam dua kes ini ialah RM41,480,” katanya,
– BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel 2 Pasangan Kekasih Edar Dadah Ditahan
Anda sekarang membaca artikel 2 Pasangan Kekasih Edar Dadah Ditahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/2-pasangan-kekasih-edar-dadah-ditahan.html