3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi

3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi
link : 3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi

Baca juga


3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi tempoh tiga bulan kepada pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei untuk meningkatkan prestasi bagi meneruskan gandingan tersebut pada masa akan datang.

Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen berkata pasangan beregu berkenaan kini diberi sekali lagi peluang membuktikan kemampuan mereka pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur Ogos ini, selepas digugurkan daripada skuad ke Kejohanan Dunia di Glasgow.

“Kita akan menilai mereka dalam tempoh tiga bulan akan datang – Jun, Julai dan Ogos. Selepas itu kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan terhadap (pasangan ini) pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Frost menjelaskan keputusan menggugurkan Vivian-Khe Wei daripada skuad Kejohanan Dunia dilbuat sebelum kejohanan Piala Sudirman 2017, dan bukan disebabkan hukuman terhadap mereka berikutan prestasi hambar di Gold Coast, Australia, minggu lepas.

Gandingan beregu wanita negara itu tumpas 7-21, 14-21 kepada juara Olimpik, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi di suku akhir, sekali gus menyaksikan Malaysia kalah 1-3 berdepan Jepun.

“Sudah tentu mereka lebih mahukan beraksi di Kejohanan Dunia, tetapi mereka juga tahu Sukan SEA adalah demi kepentingan negara dan berlangsung di Kuala Lumpur. Jadi, mereka memahami setiap pemain perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, Vivian-Khe Wei yang kini berada di ranking ke-13 dunia, meraih pingat perak pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Frost berkata BAM akan membuka penyertaan kepada pemain negeri dan kelab untuk bersaing di Kejohanan Dunia ​​​sekiranya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menawarkan lebih banyak penyertaan kepada Malaysia, jika pemain negara lain menarik diri daripada kejohan berkenaan.

“Jika Malaysia diberi lebih banyak penyertaan pada Kejohanan Dunia berikutan pemain negara lain menarik diri, kita akan panjangkan jemputan kepada pemain negeri serta kelab, dan mereka perlu menanggung sendiri perbelanjaan ke sana,” katanya.

Skuad Malaysia yang akan bersaing pada Kejohanan Dunia terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei dan Zulfadli Zulkiffli dalam kategori perseorangan lelaki, Yap Rui Chen (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Low Juan Shen-Chooi Kah Ming (beregu lelaki) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran).

Pasangan beregu wanita, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen turut digugurkan bagi kejohanan berkenaan.

Sementara itu, Frost berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap struktur kejurulatihan, dan keputusan mengenai perkara tersebut akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) minggu depan. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi

Sekianlah artikel 3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/3-bulan-kepada-vivian-khe-wei.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :