Saya dah ready…

Saya dah ready… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya dah ready…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya dah ready…
link : Saya dah ready…

Baca juga


Saya dah ready…

Anuar Zain, 48, mengakui kembali yakin membuat persembahan di pentas berskala besar selepas trauma akibat kehilangan suara, tahun lalu.

“Alhamdulillah, tahun ini, saya kembali yakin untuk tampil membuat persembahan berskala besar.

“Tahun lalu, akibat kehilangan suara, saya membatalkan tiga konsert besar iaitu bersempena minggu setiausaha, satu konsert di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur,” katanya .

Sepanjang tahun lalu juga rasa trauma itu membuatkannya tidak yakin untuk menyanyi walaupun keadaannya sudah sembuh.

“Walaupun dah sembuh pada penghujung tahun lalu tetapi saya sendiri tak yakin untuk menyanyi kerana tak mahu mengecewakan peminat.

“Saya tak mahu mengambil risiko untuk menyanyi kerana saya tahu kemampuan saya pada waktu itu.

“Tahun ini, saya perlahan-lahan bina semangat saya semula dan bersiap sedia untuk membuat persembahan di konsert BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert menjelang 28 April ini,” katanya.

Anuar ditemui di majlis sidang media konsert juga memberitahu bahawa keadaan suaranya kini kembali seperti sedia kala.

“Saya mengikut nasihat doktor yang meminta saya berehat secukupnya. Alhamdulillah, semuanya kembali pulih dan kini Insya-Allah dapat menyanyi seperti biasa,” katanya.

Selain Anuar, konsert terbabit akan menampilkan Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma dan akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

The post Saya dah ready… appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saya dah ready…

Sekianlah artikel Saya dah ready… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya dah ready… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/saya-dah-ready.html

Subscribe to receive free email updates: