link : Bront bercakap Tagalog
Bront bercakap Tagalog
Nama Bront Palarae sentiasa disebut-sebut sebagai antara pelakon hebat dalam menjiwai setiap watak yang diberikan kepadanya.
Lakonannya dalam filem seperti Dukun, 1957: Hati Malaya dan Jwanita nyata meninggalkan kesan kepada penonton.
Terbaru, kemampuan Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin bakal dicabar menerusi penampilannya dalam filem berbahasa Tagalog berjudul Daddy’s Home.
“Mulai hari ini (semalam) hingga sehari sebelum Aidilfitri nanti, saya akan berada di Manila untuk menjalani penggambaran filem berkenaan diarahkan Bradley Liew.
“Ini adalah filem pertama saya dalam bahasa Tagalog dan tentunya menjadi satu cabaran baru buat saya. Saya memang tidak pernah bertutur langsung dalam bahasa itu,” katanya.
Bercerita mengenai filem itu, Bront mengakui skrip yang luar daripada kebiasaan mencuri perhatiannya.
“Skripnya ada keunikan berbanding filem lain yang pernah saya bintangi. Daddy’s Home adalah filem psiko dan berkisar mengenai lelaki yang juga ketua keluarga.
“Dalam satu insiden, dia hilang di laut dan selepas sekian lama, kembali ke pangkuan keluarganya. Namun, kehadirannya adalah sebagai lelaki berbeza dan keluarganya tidak mengenalinya lagi,” katanya.
Ditanya mengenai tawaran untuk berlakon dalam filem itu, Bront berkata, dia pertama kali bertemu dengan pengarah dan penerbitnya di Tokyo, Jepun pada 2014.
“Pada waktu itu, saya berada di sana untuk tayangan filem Terbaik Dari Langit. Dari situ, ada perbincangan antara kami dan tidak lama selepas itu, saya ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini,” katanya.
Bront juga baru selesai menjalani penggambaran filem seram ‘remake’ Indonesia berjudul Pengabdi Setan.
“Ini adalah filem Indonesia ketiga lakonan saya dan akan ditayangkan dalam tahun ini juga,” katanya.
Ditanya sama ada dia merancang setiap langkahnya dalam membintangi filem luar negara berbanding filem tempatan, Bront berkata, dia tidak merancang.
“Saya sendiri tidak pernah merancang apa-apa, sebaliknya setiap tawaran ini muncul dengan tiba-tiba. Saya ingin terus kekal relevan dalam industri seni tempatan, tetapi pada masa sama ingin keluar juga untuk mencuba nasib di luar negara.
“Apabila berpeluang membintangi filem luar, sedikit sebanyak ada pengalaman baru dan dapat berjumpa serta bertukar idea dengan penggiat seni dari luar,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan Aidilfitri, tidak banyak beza berbanding persiapan tahun lalu.
“Untuk pakaian, memang saya pakai jenama kurta saya sendiri. Tidak banyak beza berbanding tahun lalu, cuma tahun ini saya teringin beraya di kampung sebelah ibu di Hatyai, Thailand.
“Kali terakhir beraya di sana dua tahun lalu. Namun, semuanya masih dalam perancangan kerana saya sendiri pun akan kembali ke Malaysia dari Manila pada malam Aidilfitri,” katanya.
Bercerita mengenai keluarga, anaknya Adeena Imani juga semakin membesar dan sedikit sebanyak Bront belajar perkara baru menjadi bapa.
“Usia Adeena sudah mencecah 13 bulan.
Sebagai bapa, banyak perkara baru yang saya pelajari. Sedikit sebanyak saya dapat menjiwai watak sebagai bapa dengan lebih baik kerana menjalani sendiri fasa hidup itu,” katanya.
The post Bront bercakap Tagalog appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bront bercakap Tagalog
Anda sekarang membaca artikel Bront bercakap Tagalog dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bront-bercakap-tagalog.html