Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa

Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa
link : Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa

Baca juga


Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa

images.jpg

Soalan:

Assalamualaikum…

Saya bertugas sbg seorang pegawai pergigian. Masalah saya, pada bulan puasa setiap tahun, boleh dilihat dgn ketara sekali ramai kaum lelaki (terutamanya yg muda2) datang ke klinik pergigian dengan aduan ‘sakit gigi’, ‘ingin rawatan scaling (cuci karang gigi)’, ‘ingin tampalan’, ‘ingin cabutan’, ‘bengkak’ dan sebagainya.

Kebanyakan mereka dgn sewenang2nya telah membuka puasa masing2 atau memang tidak berpuasa dari pagi kerana menjadikan rawatan pergigian satu alasan utk membolehkan mereka tidak berpuasa. Ada juga yg sebenarnya didapati tiada masalah langsung tapi berkehendakkan M.C kerana beranggapan M.C itu ‘sijil’ utk berbuka puasa.

Keadaan ini membuatkan saya & rakan2 sejawat yg beragama Islam kesal & marah kerana saya masih ingat topik santapan rohani bulan Ramadhan tahun lalu yg menyatakan tidak terbatal puasa masing2 kerana rawatan pergigian.

Oleh itu, diharapkan pihak tuan dapat menjelaskan & menghuraikan tajuk ini semula agar kami boleh mencetak jawapan pihak tuan dan mempamerkannya di klinik2 kami sebagai teguran & panduan kepada saudara2 seagama kita masa kini yg begitu mengambil mudah hukum-hakam agama.

Sekian, terima kasih.

*********************

Jawapan:

wassalam

al-Jawab:

Pertama: rawatan Pergigian tidak membatalkan puasa.

Mantan Mufti Arab Saudi, Syaikh Abdullah Ben Baz rh dalam majmu’ fatawa (Jld 15) menjelaskan tidak ada masalah jika puasawan mendapatkan rawatan pergigian, cuma dia kena berhati-hati supaya tidak tertelan apa-apa semasa rawatan dijalankan. Prof Dr Yusof al-Qardhawi dalam Fiqh Siyyam juga menyatakan perkara yang sama.

Kedua: Sakit yg macam mana yg boleh berbuka?

Dalam ayat 185 surah alBaqarah (siapa yg sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka puasa), maka wajiblah diganti pada hari yang lain)

Kata Syaikh al-Qardhawi, sakit yg dimaksudkan oleh ayat itu bukan semua jenis sakit, sakit yg dimaksudkan ialah sakit yg membawa mudharat dan menjadi bertambah mudharat jika dia terus berpuasa. Yang boleh menentukan tahap bahayanya tahap kemudharatan puasa ke atas sakitnya ada dua cara: pertama, disahkan oleh doktor yang merawatnya yang amanah dgn kerjayanya, kedua: berdasarkan pengalaman atau keadaan si pesakit sendiri.

Menjadi tugas mereka yang terlibat dengan kerjaya perubatan menasihati pesakt mengenai status puasanya setelah melihat ujikaji dan keadaan pesakit. sekian

Sumber:http://ift.tt/2qEEBCA

Sumber: islamituindah.info

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa

Sekianlah artikel Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilema Seorang Pegawai Pergigian Berkaitan Puasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dilema-seorang-pegawai-pergigian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :