link : Kanak-kanak 8 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Parit
Kanak-kanak 8 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Parit
BEAUFORT – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan air di Jalan Lembaga Elektrik, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataannya berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Haikal Matlan dijumpai pada jam 3.59 petang oleh orang awam, kira-kira 60 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Menurut jurucakap berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.
Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di tepi parit Itu sebelum terjatuh ke dalam parit.
Bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.22 petang sebelum tiba di lokasi bersama dua jentera beserta tujuh anggota lima minit kemudian, kata jurucakap berkenaan. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kanak-kanak 8 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Parit
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak 8 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Parit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-8-tahun-meninggal-dunia.html