Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid

Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid
link : Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid

Baca juga


Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid

BESUT – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengkaji semula Kurikulum Pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 yang akan memberi tumpuan utama dalam bidang kejuruteraan hibrid.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata satu pasukan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPT Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur akan menyiapkan kertas cadangan pada tahun ini.

“Revolusi Perindustrian 4.0 perlu dilaksanakan dalam kurikulum IPT bagi memenuhi kehendak semasa yang memperlihatkan kepentingan bidang kejuruteraan dalam kehidupan seharian”, katanya kepada Bernama selepas menyampaikan Rumah Komuniti ke-120 kepada keluarga Amilhidayat Abdul Khalid, 36, di Kampung Alur Keldai di sini hari ini.

Idris berkata kajian kurikulum itu nanti akan membabitkan bidang Robotik, Animasi 3 Dimensi (3D), Kecerdasan Buatan dan Teknologi Maklumat.

Selain itu, bidang keselamatan siber, perkomputeraan awam, integrasi sistem dan data maya juga amat membantu industri negara bagi membolehkan negara maju dalam pembinaan infrastruktur pembuatan dan pengeluaran.

Idris berkata kurikulum yang bakal dikemukakan itu nanti akan lebih selaras dengan kehendak semasa pelajar.

“Buat masa ini kebanyakan negara termasuk beberapa negara jiran sedang mengemas kini kurikulum IPT masing-masing agar bersesuaian dengan kehendak perindustrian di negara mereka,” katanya.

Mengulas mengenai pengagihan Rumah Komuniti, Idris yang juga Anggota Parlimen Besut memberitahu setakat ini kira-kira 600 penduduk telah dapat mendiami 120 rumah sendiri melalui pemberian Rumah Komuniti yang diberikan secara percuma sejak tahun lalu.

Katanya, untuk itu lebih RM2 juta telah dibelanjakan bagi mendirikan rumah berkenaan untuk penduduk miskin yang tidak mempunyai rumah dengan kos pembinaan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap rumah. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid

Sekianlah artikel Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kajian Semula Kurikulum IPT Fokus Kejuruteraan Hibrid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kajian-semula-kurikulum-ipt-fokus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :