Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri

Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri
link : Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri

Baca juga


Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri

BINTANG Tuan Anas Mikael, Aaron Aziz antara selebriti yang sibuk dengan kerjaya lakonannya.

Justeru, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada isterinya, Diyana Halik untuk melakukan persiapan raya mereka sekeluarga.

Tambah Aaron, sejak awal perkahwinan lagi, isterinya menjadi ‘individu paling penting’ membuat persiapan menjelang Syawal.

“Raya kami sekeluarga macam biasalah, isteri yang urus, atur segala-galanya. Yang penting, kena gayakan baju senada untuk bergambar pagi raya.

“Cuma itulah, tahun ini Diyana agak sibuk kerana menguruskan perniagaan bagi sambut raya di Singapura sepanjang Ramadan lalu. Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang akan beraya di Singapura dan bercuti seminggu sebelum kembali sibuk di lokasi penggambaran.

Membawa jenama gedung tekstil terkemuka, Jakel untuk tahun kelima memberi signal bahawa namanya masih relevan dalam industri seni.

Meski pun pelakon baru datang dan pergi, namun aktor kelahiran Kota Singa yang terkenal dengan koleksi baju Melayu Aaron Aziz ini tetap mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

Berkongsi mengenai kolaborasi tersebut, Aaron nyata gembira atas kepercayaan yang diberikan.

Bagi Aaron, itu satu pencapaian yang baik untuk perkembangan kerjayanya.

“Bila kita masih diberi kepercayaan, maknanya masih adanya lagi demand di kalangan peminat. Semestinya, saya mengharapkan kerjasama ini berterusan untuk satu tempoh yang lama,” katanya kepada Media Hiburan.

Kekal laris

Aaron yang cukup dikenali menerusi filem Ombak Rindu memberitahu, tahun ini dua filem lakonannya karya dari produksi Hong Kong iaitu Kau Yang Satu dan Special Female Force akan ditayangkan.

Menyifatkan dirinya bertuah kerana tawaran tidak pernah putus, Aaron menghargai setiap sokongan peminatnya yang membawa ke puncak sehingga har ini.

Ujar aktor ini lagi, dia kini sibuk di lokasi drama berjudul My Darling Inspektor Danial di samping Elizbeth Tan, Siti Elizad dan Erra Fazira.

Sebelum ini kata Aaron, dia baru saja selesai penggambaran telemovie Keluarga Tuan Ihsan sempena raya dan terkini sedang menimbang tawaran untuk sebuah filem diinspirasikan kisah benar yang berlaku di negara ini.

“Saya masih belum jumpa pengarahnya. Kalau jadi, penggambarannya mungkin hujung tahun ini, Insya-ALLAH,” kata Aaron yang turut terlibat di dalam sebuah filem Tamil, Tik Tik Tik.

Bercerita mengenai filem itu, Aaron menyambut baik penglibatannya melalui filem berkonsepkan angkasa lepas kerana dia perlu terbang ke India bagi menyelesaikan penggambaran beberapa bulan lalu.

Antara pelakon yang turut sama beraksi di dalam filem arahan Shakti Saundar Rajan itu ialah Jayam Ravi dan Nivetha Pethuraj.

Sakit leher

Sambil rancak berbicara mengenai kerjayanya yang kian sukses, bintang ini turut bercerita mengenai sakit leher yang dialaminya lebih empat tahun lalu.

Katanya, sepanjang April lalu, dia terpaksa memperlahankan aktiviti seninya selepas mengalami sakit itu.

“Alhamdulillah, keadaannya lebih baik dari sebelum ini. Cuma saya perlu lakukan pemeriksaan berkala. Doktor menasihatkan saya supaya tak terlalu banyak bergerak, aksi jatuh atau lakukan tugas berat.

“Tapi itulah, kalau sudah rasa baik sikit, mulalah nak lakukan itu dan ini. Masa di India pun, saraf di bahagian leher kembali membengkak. Kalau nak aktif boleh tapi tak boleh lasak,” akhiri Aaron yang turut memohon maaf kepada seluruh umat Islam sempena Aidilfitri.

The post Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri

Sekianlah artikel Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persiapan kelengkapan raya serah pada isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/persiapan-kelengkapan-raya-serah-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :