Polis siasat surat terbuka

Polis siasat surat terbuka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis siasat surat terbuka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis siasat surat terbuka
link : Polis siasat surat terbuka

Baca juga


Polis siasat surat terbuka

POLIS akan meneliti semula kertas siasatan berhubung kes samun yang ada kaitan dengan surat terbuka untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tular di media sosial, sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan menilai fakta dalam surat terbabit termasuk aduan tidak puas hati mengenai siasatan kes samun dinyatakan.

"Peringkat pertama, kita akan tengok apa sebenarnya yang berlaku berhubung kes yang dinyatakan dalam surat itu.

"Siasatan berhubung kes samun prosedurnya dan sekiranya pegawai penyiasat didapati melanggari Standard OperasiProsedur (SOP) kita akan ambil tindakan.

"Jika dia (pegawai penyiasat) dikesan hilangkan keterangan seperti didakwa, kita akan ambil tindakan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), di Bukit Aman, hari ini.

Pada majlis itu, Pengarah KDNKA, Datuk Sri Muhammad Sabtu Osman, yang akan menjalani persaraan wajib, 28 Jun ini, menyerahkan tugas kepada Timbalannya, Datuk Amer Awal, yang akan memangku jawatan Pengarah KDNKA.

Sebelum itu, pengguna Facebook menggunakan nama Nukman Muqarrin dikesan memuat naik status bertajuk Surat Terbuka Untuk Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di akaun laman sosial miliknya, pada 4.22 petang kelmarin.

Kandungan surat terbuka itu meluahkan rasa tidak puas hati pemilik akaun terhadap siasatan PDRM berhubung kes samun bersenjata dilakukan sekumpulan lelaki terhadap dirinya, pada 20 Februari lalu.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis siasat surat terbuka

Sekianlah artikel Polis siasat surat terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis siasat surat terbuka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/polis-siasat-surat-terbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :