link : Saya Beli Tudung RM30, Bukan Harga Beribu
Saya Beli Tudung RM30, Bukan Harga Beribu
Pelakon dan penerbit drama Datuk Ziela Jalil menafikan beliau berbelanja mewah untuk membeli tudung seperti dilaporkan sebuah akhbar.
Ziela, 46, dalam satu status Instagram miliknya menjelaskan bahawa dia hanya ke butik jenama terkenal tersebut sebagai terapi, namun tidak membelinya seperti didakwa.
“Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.
“Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja,” tulisnya.
Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil berkata demikian bagi menjelaskan sebuah laporan akhbar pada Ahad yang mendakwa beliau berbelanja mewah dengan membeli tudung berharga ribuan ringgit pada setiap hari.
Menjelaskan perkara berkenaan, penerbit drama 30 Hari Mencintaiku berkata, pendapatnya mengenai sikap berbelanja mewah seseorang adalah terpulang kepada individu yang mampu.
“Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa,” katanya.
Ziela turut berkata, dia kesal dengan perkara berkenaan yang akan mengudang masalah kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
The post Saya Beli Tudung RM30, Bukan Harga Beribu appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Saya Beli Tudung RM30, Bukan Harga Beribu
Anda sekarang membaca artikel Saya Beli Tudung RM30, Bukan Harga Beribu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saya-beli-tudung-rm30-bukan-harga-beribu.html