Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang

Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang
link : Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang

Baca juga


Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang


BEIJING: Adakah pelik mendapati orang memasak dengan selamba dan makan mi segera di lapangan terbang tanpa mengendahkan orang awam yang lalu-lalang di situ?

Sekumpulan pelancong warga China seperti berkelah, memonopoli bangku panjang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Sabtu, 10 Jun lepas, sekitar 9 pagi.

Mereka sedang menunggu penerbangan Ke London.

Mungkin terasa terlalu lapar, sementara harga makanan yang dijual di restoran di lapangan terbang terlalu mahal, tanpa mempedulikan tontonan orang awam, mereka segera mengeluarkan periuk elektrik.

Plug dicucuk pada soket.

Dan bermulalah ceritanya, mereka memasak mi segera yang dibawa sendiri dari rumah.


Menurut saksi, suasana di situ seperti ada sebuah pesta apabila mi segera itu mendidih, mereka bersorak dan bergembira sambil makan di situ sekitar 40 minit.

Menurut Shanghaiiist memetik Apple Daily pada Rabu, para pelancong warga China yang hendak berangkat ke London itu seperti tidak tahu, bahkan mungkin sengaja tidak peduli dengan peraturan yang dikuat kuasa di lapangan terbang.

Hanya satu hal yang menyenangkan, pandai makan pandai simpan, golongan ibu yang memasak itu segera mengemas peralatan memasak selepas menggunanya.

Mereka membuang sampah serta membersihkan tempat yang digunakan untuk memasak dan makan di situ.

Namun, tidak peduli itu semua, penumpang yang berasa terganggu dan tidak berpuas hati membuat aduan kepada pihak berkuasa lapangan terbang.

Pihak pengurusan lapangan terbang memperingati penumpang lain bahawa 1,000 soket elektrik yang tersedia di kawasan lapangan terbang adalah untuk keperluan penumpang mengecas komputer riba atau peranti mudah alih mereka.

Jika seseorang didapati menggunakan soket tersebut secara tidak wajar, mereka diperintah mencabut plug peralatan berkenaan segera.

Jika enggan, mereka boleh dikenakan denda HK$10,000 (sekitar RM5,500) dan penjara tiga bulan. – Sarawakvoice
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang

Sekianlah artikel Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/selamba-masak-makan-mi-segera-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :