LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, ..

LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, .. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, .., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, ..
link : LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, ..

Baca juga


LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, ..

AKIBAT CINTA, DIRI MENJADI TETAMU NERAKA.
Perasaan yang sama kembali menerjah ke ruang akal dan geluk hati bersilih ganti. Antara resah gelisah dan gundah seakan berlegar legar tanpa henti.

Enggan melayan cemas yang mendatang namun atas tanggungjawab dan amanah, saya bergegas ke sebuah hospital atas satu panggilan dengan perasaan berat hati yang mengiringi.

Berbekalkan pengalaman yang terdahulu, saya dapat mengagak yang perasaan sebegini akan berkaitan dengan jenazah yang bakal saya temui dan uruskan sebentar nanti.

Saya hanya mampu berdoa agar jangan diuji dengan kesulitan mahupun dipertemukan dengan kejadian yang aneh aneh namun atas dasar manusia siapalah saya yang mampu melawan kudrat ALLAH S.W.T.

Bermohon agar terus diberi kekuatan mudahan pertemuan antara saya dan jenazah nanti adalah pertemuan yang ” manis ” sahaja.

PANDANGAN PERTAMA PADA JENAZAH AMAT MENGERIKAN
Bersama dengan Ustaz Muhd Aidil Zainol Bahar dan tiga orang sahabat, kami segera ke hospital dan terus menuju ke bilik mayat. Menjadi kelaziman bagi saya untuk mengisi dahulu beberapa dokumen penting sebelum urusan dilakukan.

Tiba saat yang makin mendebarkan jiwa saya meskipun sudah bertahun berdepan dengan para jenazah.

Saya terus berdoa agar diberi kekuatan untuk menyempurnakannya hingga selesai. Dengan lafaz bismillah saya menarik tray mayat secara perlahan lahan.

Saat membuka kain yang menutupi wajahnya, saya terpandang situasi yang amat mengerikan. Lidahnya terjelir dan wajahnya berkerut seakan menahan kesakitan yang amat berat.

Terdapat kesan lebam akibat jerutan di lehernya.

JENAZAH AMAT BERAT SEKALI UNTUK DIUSUNG MAHUPUN DITOLAK

Saya cuba mengumpul kekuatan yang ada dan beserta empat sahabat, kami mengangkat jenazah ke atas pengusung.

Masing-masing memegang anggota bahagian jenazah namun sekali lagi kami diduga apabila tangan bahu dan kaki terasa amat sakit. ALLAH HU AKHBAR !!! Jenazah amat berat sekali berbanding susuk tubuhnya yang hanya sederhana dan masih berumur lingkungan 20an.

Tidak di situ sahaja, tenaga sasa kami seramai empat orang diuji lagi tatkala menolak pengusung ke tempat mandi. Jarak yang dekat terasa amat jauh dan saya secara peribadi telah sehabis tenaga menolak pengusung begitu juga sahabat yang lain.

Walaubagaimanapun saya tidak mengeluh dan di hati hanya berdoa agar ALLAH S.W.T menyempurnakan tugas memandikan arwah.

NAJIS KELUAR DARI DUBUR AMAT BANYAK TANPA HENTI

Kali ini ALLAH S.W.T benar benar ingin memperlihatkan kekuasaanNya. Saat menyucikan jenazah, najis yang keluar dari duburnya amat banyak dan tanpa henti.

Saya mengurut perlahan lahan perutnya dengan tujuan ingin mengeluarkan lagi najis yang ada.

Setelah memastikan ianya benar benar bersih saya mengiringkan badan arwah untuk meratakan air pada anggota yang lain namun setiap kali tubuhnya digerakkan setiap kali itulah najisnya masih keluar dalam kuantiti yang banyak.

Kami meneruskan proses memandikannya hinggalah selesai dan ketika didapati najisnya telah berhenti, maka urusan kafan pun kami mulai.

Namun perkara yang sama masih terjadi tatkala kami mula meletakkan jenazah di atas kain kafan.

Sekali lagi proses pembersihan dilakukan dan kain kafan perlu ditukar segera. Kali ini saya tekad menyumbat kapas sebanyak yang mungkin disamping doa yang tiada henti di dalam hati mudahan ALLAH S.W.T mengampunkan segala dosa arwah dan meringankan urusan mengkafan.

Alhamdulillah najisnya berhenti mengalir dan kami meneruskan proses mengkafan.

DARAH MENGALIR DARI MULUT DAN HIDUNG KETIKA MENGKAFANKAN

Perasaan lega yang bertandang hanya sebentar sahaja.

Sekali lagi kami diuji tatkala saat mengkafan jenazah, mengalir darah dari mulut dan hidungnya.

Situasi sebegini lumrah kami temui tatkala menguruskan jenazah yang mengalami pendarahan dalaman.

Tanpa membuang masa kami menyucikan darah tersebut dengan kapas dan jenazah selamat disembahyangkan hinggalah dikebumikan di tanah perkuburan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, ..

Sekianlah artikel LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, .. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN URUSKAN JENAZAH YANG BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA, .. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lelaki-ini-kongsi-pengalaman-uruskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :