link : Sweet Gila! Video Kejutan Birthday Tular Di Laman Sosial
Sweet Gila! Video Kejutan Birthday Tular Di Laman Sosial
SEBUAH video yang menunjukkan sambutan hari jadi seorang lelaki dengan kehadiran maskot comel berupa beruang telah mencetuskan sensasi di media sosial sejak Khamis (semalam).
Dalam video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, seorang lelaki yang berpakaian seperti anggota polis telah menerima kunjungan ‘tetamu istimewa’ yang berkostum beruang, sambil tangannya memegang helaian kerta yang tertera kata-kata ucapan.
Bagaimanapun, ucapan itu tidak diketahui isi kandungannya oleh kerana tulisan yang tertera kurang jelas.
Tidak lama selepas itu, seorang wanita beruniform muncul dengan sebiji kek dan lilin berbentuk nombor 26 yang mungkin menunjukkan usia lelaki tersebut.
Keletah maskot tersebut yang comel dan mencuit hati itu menyebabkan lelaki itu tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapa di dalamnya.
Beberapa kali dia cuba untuk membuka ‘helmet’ maskot tersebut, namun lelaki itu terkejut besar apabila mengetahui siapa ‘dalang’ kejutan manis itu!
Video ini pada awalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @thefaizibrahim dan telah di-retweet sebanyak 22,733 kali serta menerima 15,797 ‘likes’ setakat ini.
Bagaimanapun, pemilik asal video ini tidak diketahui namun pada amatan kami, kejadian ini bukanlah berlaku di Malaysia tetapi di negara jiran berdasarkan tulisan pada lencana lelaki tersebut.
Rata-rata daripada netizen memberiakn respon yang positif terhadap surprise hari jadi itu kerana menganggapnya sweet dan satu usaha yang baik oleh pihak teman wanitanya kerana bersungguh-sungguh mahu menunjukkan kasih sayang terhadap lelaki itu.
Tak kurang juga, ada yang menggunakan peluang ini untuk tag pasangan masing-masing sambil memberi hint bahawa mereka suka karakter kartun yang sekian-sekian. LOL!
Yang comelnya, rakan-rakan lelaki itu turut membantu merealisasikan kejutan tersebut. Ini barulah semangat brotherhood!-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Sweet Gila! Video Kejutan Birthday Tular Di Laman Sosial
Anda sekarang membaca artikel Sweet Gila! Video Kejutan Birthday Tular Di Laman Sosial dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sweet-gila-video-kejutan-birthday-tular.html