link : Memang terfikir nak pulangkan award: Ayda Jebat
Memang terfikir nak pulangkan award: Ayda Jebat
KELIBAT gadis kecil molek ini di dalam industri sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Sejak berjaya mencuri hati ramai peminat tidak mengira usia, nama Ayda Jebat sering diumumkan sebagai pemenang dalam acara anugerah baik di sini mahupun di peringkat Nusantara.
Namun untuk tahun 2018, sesetengah pihak mula ‘bercakap-cakap’ apabila peminat Ayda dilihat gagal melonjakkan artis kesayangan mereka di Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) baru-baru ini.
Sehingga ada yang tertanya-tanya, adakah peminat Ayda Jebat sudah mula berkurangan?
Mengulas mengenai perkara itu, selebriti berusia 26 tahun ini berkata, sejak awal lagi dia sendiri merasakan tidak layak untuk memenangi apa-apa kategori pada acara berkenaan.
“Macam sebelum-sebelum ini, bila saya menang, saya rasa layak kerana ada produk yang dibanggakan. Kebetulan lagu Siapa Diriku dan Pencuri Hati telah berjaya mencuri hati ramai peminat tidak mengenal usia.
“Jadi untuk tahun ini, bila saya bertanding untuk Lagu MeleTOP, Nakal Nakal Nakal, saya tahu saya tak layak nak menang. Bukan nak perkecilkan lagu itu tapi saya sendiri sedar sejauh mana popular lagu tersebut.
“Tapi kalau saya dipilih sebagai pemenang pada malam itu, memang saya terfikir nak pulang award kerana saya tahu ada lebih layak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah anak kelahiran Merlimau, Melaka ini, dia juga sedar diri dan tahu kekuatan produknya.
“Saya sedar diri dan saya juga rasa mana yang lebih relevan patut menang. Saya juga sedar dengan kekuatan produk saya.
“Sekali gagal bukan bermakna terus gagal. Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk hasilkan produk yang lebih bagus.
“Barulah yang undi pun tak malu nak pilih saya dan saya yang terima pun tak rasa malu sebab terpilih memenangi anugerah tersebut.
“Senang kata, saya realistik, mana yang patut saya dapat, dapatlah. Kalau tak dapat tak apa.
“Bila dah lama berada dalam industri, saya dah belajar. Saya tahu bila menang pun orang cakap, bila kalah pun orang cakap. Tapi saya tak kisah,” jelasnya.
The post Memang terfikir nak pulangkan award: Ayda Jebat appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Memang terfikir nak pulangkan award: Ayda Jebat
Anda sekarang membaca artikel Memang terfikir nak pulangkan award: Ayda Jebat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/memang-terfikir-nak-pulangkan-award.html