TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah

TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah
link : TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah

Baca juga


TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah



KAMPAR: Tabung Haji (TH) merancang membina kompleks haji di Makkah dan Madinah bagi memudahkan urusan jemaah haji dan umrah Malaysia melakukan ibadat di Tanah Suci.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memaklumkan cadangan Malaysia kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika melawat negara ini, pada Mac lalu.

"Alhamdulillah, impian untuk menempatkan semua jemaah kita dalam satu tempat bakal terlaksana tidak lama lagi.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika ini sudah berada di Makkah bagi meninjau dan mengenalpasti lokasi tanah yang sesuai sebelum perjanjian dimeterai, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 1,000 penerima pada Program Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Parlimen Kampar anjuran Yayasan Tabung Haji dan UMNO di Kompleks Rakan Muda Kampar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Abdul Azeez berkata, reputasi TH serta hubungan baik yan g terjalin sekian lama antara Malaysia dan Arab Saudi, memungkinkan pembinaan kompleks berkenaan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Insya-Allah kita pasti (pembinaan kompleks) itu berlaku meskipun masih belum ada hitam putih dan masih dalam perbincangan.

"Kita sama-sama berdoa supaya ia berlaku dan saya selaku Pengerusi TH mengharapkan ia berlaku untuk kemudahan jemaah dari Malaysia," katanya.

Mengulas program yang berlangsung, Abdul Azeez berkata, tujuh Parlimen di Perak dipilih dalam menjayakan program berkenaan yang menerima RM300,000 untuk diagihkan kepada asnaf dan golongan memerlukan.

Katanya, jumlah agihan akan ditentukan oleh Parlimen masing-masing iaitu antara RM100 hingga RM300 mengikut jumlah penerima.

"Sebanyak 63 Parlimen disasarkan untuk menerima bantuan melalui program itu dan kita yakin akan mencapai sasaran 50 Parlimen sebelum sambutan Aidilfitri nanti, " katanya.- BH

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah

Sekianlah artikel TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/th-rancang-bina-kompleks-haji-di-makkah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :