Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan

Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan
link : Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan

Baca juga


Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan

BANGKOK: Thailand memperketat kawalan di sepanjang Sungai Golok yang memisahkan Narathiwat dan Kelantan setelah mendapat maklumat bertambahnya aktiviti militan di selatan Thailand.

Komander Tentera Wilayah Keempat, Lt Jen Piyawat Nakwanich menafikan langkah itu dibuat kerana bimbangkan kemungkinan kumpulan militan Daish cuba membina tapak di selatan Thailand.

Thailand sentiasa menegaskan ia tidak menemukan sebarang bukti mengenai penyusupan Daish ke dalam negaranya.

"Ia diperketat susulan kami menerima maklumat berkaitan penyeludupan senjata api dan bahan letupan di selatan Thailand oleh puak militan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berharap dengan penempatan lebih banyak pasukan di sepanjang sempadan terutama di Sungai Golok, akan menghentikan penyeludupan senjata dan menyekat laluan bagi pihak militan menyeberang.

Selain bagi menangani isu penyeludupan senjata, pihak berkuasa Thai juga berharap tambahan anggota untuk meronda Sungai Golok akan memastikan kejadian 5 Mei lalu di Kampung Tok Jamu di Sungai Golok tidak akan berulang.

“Mereka (puak pemberontak) mengambil wayar (peledak) daripada kawasan kami ke sebelah sana (Malaysia) dan meletupkan alatnya,” katanya merujuk kejadian pada 6 petang (waktu tempatan) yang mencederkan lima anggota peronda sempadanThailand.

Piyawat juga menegaskan penempatan pasukan tambahan di sempadannya dengan Malaysia bukan merujuk kepada kenyataan bahawa seorang suspek Daish bersenjata Malaysia, Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, melarikan diri ke selatan Thailand bulan lalu.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggemparkan pihak media Thailand yang bimbang kemungkinan terdapat hubungan operatif antara puak Daesh Malaysia dengan suasana yang berlaku di selatan Thailand.

Pihak Thailand kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa suspek tersebut telah keluar dari selatanThailand dan kembali ke Malaysia.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan

Sekianlah artikel Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Thailand perketat kawasan sempadan susulan bertambah aktiviti militan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/thailand-perketat-kawasan-sempadan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :