link : Wanita Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Selama 10 Tahun Kerana Mahu Menuntut Duit Pencen Ibunya Setiap Bulan..
Wanita Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Selama 10 Tahun Kerana Mahu Menuntut Duit Pencen Ibunya Setiap Bulan..
SEORANG wanita Perancis menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk selama 10 tahun tanpa melaporkan kematian mangsa bagi membolehkannya menuntut wang pencen ibunya sebanyak £1,700 (RM9,360) sebulan.,
Menurut laporan Harian Metro, mayat wanita berusia 90 tahun (umur sekarang) itu ditemui selepas polis mula menyiasat pemalsuan tuntutan pencen oleh wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Daily Mail, wanita itu tinggal di sebuah rumah berkembar di perkampungan Horsarrieu, dekat Pau, di selatan Perancis, dengan peti sejuk menempatkan mayat ibunya itu diletak pada hujung halaman.
Peti sejuk itu bagaimanapun, tidak disambung pada bekalan elektrik.
Selepas ditahan, wanita itu mendakwa ibunya meninggal dunia tujuh tahun lalu, namun menurut polis, tiada tuntutan perubatan dibuat ibunya sejak 2007, yang bekemunngkinan tarikh kematian mangsa.
Semua bantuan kebajikan, termasuk pengeluaran pencen ibunya tetap ditunaikan sepanjang 10 tahun itu.
Pada 2007, wanita itu dan ibunya tinggal dekat Toulouse, kira-kira 320 kilometer dari tempat tinggalnya sekarang dan dia dipercayai memindahkan mayat berkenaan ke Horsarrieu pada Julai 2016.
Mayat itu ditemui dibalut dengan kain tarpaulin dibawah longgokan pakaian lama.
-Pen Merah Press
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Wanita Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Selama 10 Tahun Kerana Mahu Menuntut Duit Pencen Ibunya Setiap Bulan..
Sekianlah artikel Wanita Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Selama 10 Tahun Kerana Mahu Menuntut Duit Pencen Ibunya Setiap Bulan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Selama 10 Tahun Kerana Mahu Menuntut Duit Pencen Ibunya Setiap Bulan.. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/wanita-simpan-mayat-ibu-dalam-peti.html