APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan

APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan
link : APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan

Baca juga


APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan tiga bot nelayan tempatan di kawasan perairan Pulau Mengalum kerana disyaki melanggar  syarat lesen bot berkenaan.

Pengarah APMM Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, ketiga-tiga bot rawai berkenaan ditahan Jumaat lalu antara 1 dan 2 petang ketika agensi itu melaksanakan Operasi Sejahtera di kawasan perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 24 kru warga Vietnam berumur 19 hingga 46 tahun berada di atas ketiga-tiga bot berkenaan. Sebanyak 600kg ikan basah dan 500kg ikan kering ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adam, semasa diperiksa pihaknya juga menjumpai  beberapa gelung pukat di atas ketiga-tiga bot rawai tersebut yang dipercayai digunakan untuk aktiviti menangkap ikan.

Menurut Adam ketiga-tiga bot berkenaan hanya dibenarkan menangkap ikan menggunakan rawai seperti dalam syarat sah lesen mereka dan bukan menggunakan pukat.

Semua ikan yang dirampas telah dilelong dengan nilai RM2,900 manakala ketiga-tiga bot ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan

Sekianlah artikel APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM Kota Kinabalu Tahan 3 Bot Nelayan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/apmm-kota-kinabalu-tahan-3-bot-nelayan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :