E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson

E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson
link : E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson

Baca juga


E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson

PORT DICKSON – Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan Negeri Sembilan menerusi Op Mega E-Kad yang dilakukan di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan, di sini, malam tadi.

Operasi selama dua jam bermula 10.30 malam itu disertai 148 anggota bagi mengesan PATI yang gagal mendaftar di bawah program Enforcement Card atau E-Kad selepas tempoh berbuat demikian berakhir 30 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi) Imigresen, Datuk Jaafar Mohamed, yang mengetuai operasi tersebut, berkata seramai 185 warga asing yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Nepal diperiksa di kawasan tapak pembinaan Splash Park, Batu 12, Pasir Panjang di sini.

“Daripada jumlah itu, 60 warga Indonesia, 15 (Bangladesh) dan masing-masing satu dari Nepal dan Pakistan ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/I63,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan tamat.

Beliau berkata daripada 77 yang ditahan, 71 daripada mereka lelaki manakala enam adalah wanita, yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 25 hingga 60 tahun.

Beliau berkata kesemua PATI akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng atau Semenyih, bergantung kepada kekosongan depot.

Dalam pada itu, beliau berkata aktiviti penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini terus terpelihara.

“Kita tidak akan menganiaya orang yang kita tangkap malah kita lakukan secara berhemah, profesional dan berintegriti,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson

Sekianlah artikel E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/e-kad-77-pati-ditahan-di-port-dickson.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :