Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib

Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib
link : Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib

Baca juga


Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh rakyat berdiri teguh memberikan sokongan moral kepada atlet kebangsaan menjelang berlangsungnya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di sini, bulan depan.

Perdana Menteri berkata atlet negara telah berjaya menyatukan hati dan semangat rakyat Malaysia sama ada kalah ataupun menang.

“Sama-samalah kita berdiri teguh di belakang wira-wira kita ini dengan memberikan sokongan moral agar mereka mendapat suntikan semangat dan kekuatan untuk meraih prestasi yang lebih cemerlang.

“Dengan semangat Malaysia Boleh, insya-Allah, kejayaan yang lebih cemerlang menanti negaraku, Malaysia,” kata Najib menerusi catatan terbaru di laman blog najibrazak.com, hari ini.

Najib turut melahirkan rasa teruja melihat persediaan dan latihan gigih yang dijalani atlet kebangsaan yang berkongsi semangat dan harapan mereka di laman media sosial mereka.

Dalam pada itu Najib turut berkongsi rasa puas hati beliau terhadap tahap persediaan negara dalam menghadapi dua temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara ini.

“Dalam lawatan saya ke Bandar Sukan Malaysia, saya yakin bahawa kerja-kerja penambahbaikan terhadap infrastruktur di Kompleks Sukan Bukit Jalil seperti Stadium Nasional, Pusat Akuatik dan Axiata Arena akan membawa kejayaan dalam penganjuran dua temasya sukan kebanggaan ASEAN ini, insya-Allah,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 ini yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lepas.

“Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan acara kesukanan kerana ia menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” ujar Najib.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib

Sekianlah artikel Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sukan-sea-sokong-atlet-kebangsaan-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :