Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali

Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali
link : Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali

Baca juga


Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali

KUALA LUMPUR – Seorang lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi penghormatan untuk merekacipta aksesori motosikal terkemuka GIVI dari Itali bagi pasaran tempatan.

Rozaida Ahmad Zaki, 31, lulusan Rekabentuk Industri berkata produk terbaru yang beliau reka ialah ‘box’ (boks) bersaiz kecil B32 Bold berkapasiti 32 liter sesuai untuk motosikal berkapasiti rendah 250cc ke bawah.

“Rekaan boks ini ringkas namun ia amat sesuai untuk keperluan pengguna tempatan khasnya kepada pengguna yang mengguna motosikal berkuasa rendah untuk kegunaan harian mereka,” katanya kepada Bernama.

Rozaida yang berasal dari Kuala Kangsar yang juga pereka utama bagi Givi Asia berkata beliau turut mereka bentuk beberapa komponen topi keledar, pelekat topi keledar, beg sisi dan sut hujan.

“Semua reka bentuk itu bersesuaian dengan cuaca serta cara penggunaan motosikal rakyat di negara ini,” katanya.

Rekaan Rozaida terhadap boks B32 Bold menginspirasikan gaya terbaru di dalam pembuatan produk terbaharu dengan menggunakan ‘polypropylena’ (PP) sebagai bahan komponen utama yang sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata rekabentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk boks B32 Bold setelah kajian mendapati ia lebih diminati sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur dalam rekaan sebelumnya.

Beliau berkata GIVI mahu memberi pendedahan kepada pengguna motosikal berkuasa rendah tentang pentingnya keperluan boks kepada pengguna motosikal terutama dalam kehidupan seharian mereka.

“Bila kita perhatikan, masih ramai menggunakan motosikal berkuasa rendah untuk aktiviti harian termasuk membeli-belah dengan mereka perlukan lebih banyak ruang selain faktor keselamatan,” katanya.  – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali

Sekianlah artikel Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Graduan UPM Reka Aksesori Motosikal Itali dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/graduan-upm-reka-aksesori-motosikal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :