link : Janna Nick: Tak Mungkin Jatuh Hati Pada Fattah
Janna Nick: Tak Mungkin Jatuh Hati Pada Fattah
TERANG lagi bersuluh, sememangnya Fattah Amin sering terjebak dengan cinta lokasi; bermula dengan Sherry Ibrahim, Neelofa dan kini Fazura, apakah selepas ini hati Fattah akan beralih kepada Janna Nick pula?
Bakal digandingkan bersama menerusi drama bersiri terbaru adaptasi siri popular Korea Selatan berjudul Coffee Prince, Janna berkata ianya ‘,ustahil’ untuk dia menjalinkan hubungan dengan aktor kacak itu.
“Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi.
“Bukan hendak cakap besar, kalau benar ia hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan,” katanya kepada Utusan Mingguan.
Nampak tu? Bersungguh-sungguh Janna membidas ramalan para peminat. Risau pula akibat terlalu lantang Janna ‘ter’jatuh cinta pula dengan Fattah nanti!
Dalam pada itu, meskipun drama tersebut belum memulakan penggambaran lagi, namun ianya sudah mencetuskan perdebatan luar biasa.
Ada yang berpendapat, drama terbaru Micheal Ang itu tidak sesuai jika watak utamanya, Gong Yoo, diberikan kepada Fattah, dan tidak kurang juga yang memberikan respon positif.
Lebih melucukan, ada di kalangan netizen yang mengatakan mereka sudah muak menonton lakonan ‘kayu’ Fattah di kaca televisyen.
Kita tunggu sajalah, mana tahu adaptasinya menjadi dan bakal mencetuskan fenomena sehebat Suri Hati Mr. Pilot!-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Janna Nick: Tak Mungkin Jatuh Hati Pada Fattah
Anda sekarang membaca artikel Janna Nick: Tak Mungkin Jatuh Hati Pada Fattah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/janna-nick-tak-mungkin-jatuh-hati-pada.html