Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai

Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai
link : Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai

Baca juga


Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai

IPOH – Seorang penghantar barangan ‘runner’ bergegas membawa 73 borang tender yang dikirim pelbagai pihak daripada Selangor untuk mendapatkan plat pendaftaran kenderaan negeri Perak ‘AKU’ di sini.

Ahmad Saufi Abdul Rahman, 35, berkata untuk itu beliau terpaksa bertolak daripada Shah Alam malam tadi dan tiba di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“Waktu terakhir saya mengambil kiriman tender ini ialah pukul 4 petang semalam. Ia dikirim oleh orang-orang kenamaan dan ahli perniagaan termasuk yang bergelar Datuk,” katanya yang sudah empat tahun menjadi runner kepada Bernama di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini hari ini.

Beliau turut berkata antara nombor plat yang menjadi pilihan ialah AKU 8055, AKU 1305 dan AKU 805 dengan bidaan serendah RM350 dan paling tinggi RM30,000.

Bidaan berakhir tengah hari tadi sejak dibuka 3 Julai lalu.

Seorang pembida iaitu selebriti laman Instagram, Sophia Khan, 24, berkata ia merupakan kali pertama beliau mencuba nasib untuk membida nombor plat AKU 50 yang melambangkan namanya iaitu AKU SO.

Beliau yang mendakwa mempunyai pengikut 37,000 di Instagramnya mengaku membuat bidaan yang mencecah ribuan ringgit.

“Saya berharap nombor itu menjadi milik saya,” katanya yang tiba di hadapan peti tender kira-kira 30 minit sebelum bidaan ditutup.

Sementara itu Ketua Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan JPJ Perak, Ridzuan Rayman berkata penjualan nombor plat AKU sangat mendapat sambutan orang ramai.

“Bidaan kali ini lebih tiga hingga empat kali ganda. Mungkin lebih 5,000 bidaan dan kami terpaksa membuka lebih banyak kaunter disebabkan ramai yang datang berpusu-pusu pada saat-saat akhir,” katanya.

Beliau berkata pengumuman keputusan bidaan mungkin mengambil masa memandangkan plat kenderaan semasa iaitu AKT baru mencecah nombor siri 3000 daripada nombor 9999 yang ada.

“Selepas bidaan tender ditutup, tujuh orang Jawatankuasa Pembuka Tender dari cawangan atau bahagian JPJ di seluruh Perak akan mengambil masa seminggu untuk membuka sampul kesemua bidaan.

“Selepas itu kita akan buat mesyuarat dan lihat secara teliti satu persatu sama ada bidaan yang dibuat mencukupi  syarat atau tidak. Borang perlu lengkap dan deposit kena cukup, kurang 50 sen pun kita akan tolak,” jelasnya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai

Sekianlah artikel Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/plat-perak-aku-dapat-sambutan-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :