Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan

Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan
link : Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan

Baca juga


Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan

KUALA LUMPUR: Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS) melakukan kajian secara berterusan ke atas terhadap kualiti jalan raya terutama di kawasan kemalangan.

Ketua Pengarahnya, Prof. Dr. Wong Shaw Voon menjelaskan, kajian turut dilakukan bersama organisasi dan kementerian berkaitan.

"Sebenarnya (kajian) telah dan sedang dilakukan. Ia adalah satu kajian berterusan. Ia melibatkan kajian terhadap blackspot treatment iaitu penambahbaikan di tempat-tempat berbahaya. Apa yang kami lakukan itu bukan sahaja tunggu sampai orang mati (baru buat kajian)," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Dr Shaw Woon mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Jumaat yang mengarahkan MIROS dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melakukan kajian kualiti jalan raya di kawasan kemalangan selain penelitian terhadap kecuaian manusia dan faktor fizikal jalan raya.

Dalam pada itu, MIROS akan mendedahkan keputusan pertama bagi International Road Assessment Programme (IRAP) termasuk melibatkan blackspot treatment yang akan dilancarkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Isnin ini.

"Tempoh kajian yang dibuat MIROS itu akan diberitahu pada Isnin ini. MIROS membuat kajian ke atas blackspot treatment dari semasa ke semasa supaya kawasan berbahaya itu ditambahbaik," jelasnya.

Selain MIROS, pelancaran IRAP Isnin ini akan turut melibatkan Kementerian Kerja Raya, dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mendedahkan jumlah kemalangan jalan raya seluruh negara meningkat kepada 17,147 kes setakat 11 hari pelaksanaan Op Selamat berbanding 15,527 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan

Sekianlah artikel Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kajian kualiti jalan dibuat secara berterusan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kajian-kualiti-jalan-dibuat-secara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :