Melambung [VIDEO]

Melambung [VIDEO] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melambung [VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melambung [VIDEO]
link : Melambung [VIDEO]

Baca juga


Melambung [VIDEO]

PENUNGGANG dan pembonceng motosikal yang kemalangan di Singapura 10.40 pagi Isnin lalu yang rakaman videonya tular hari ini, cedera pada badan dan kaki.

Menurut laporan The Straits Times Singapura, kejadian membabitkan lelaki berusia 24 tahun dan 21 tahun berlaku di Lebuhraya Seletar (SLE) berhampiran susur keluar Lentor.

Berdasarkan rakaman video yang tular itu, kedua-dua mangsa pada awalnya dilihat berada di laluan kiri sebelum menukar laluan paling kanan.

Bagaimanapun, sebuah kereta berwarna putih berhenti di laluan itu dipercayai rosak menyebabkan penunggang motosikal terbabit gagal mengelak lalu merempuh belakang kenderaan berkenaan.

Akibat rempuhan kuat, pembonceng motosikal terbabit melambung ke udara dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa kini ditempatkan di Hospital Khoo Teck Puat untuk rawatan lanjut.

Terdahulu kedua-dua rakaman dari pandangan hadapan dan belakang itu dirakam oleh saksi kejadian dikenali sebagai Manster Wirman menggunakan 'dashcam' kenderaannya.

Video terbabit kemudian dimuat naik di Facebook (FB) miliknya kira-kira jam 2 petang hari ini.

"Saya menyaksikan kemalangan yang teruk pagi Isnin lalu ketika saya dan keluarga melalui SLE menuju ke Johor Bahru sebelum susur keluar Lentur. Kemalangan terbabit berlaku di hadapan mata kami sendiri," tulisnya di Facebook.

Sehingga 10.30 malam, video terbabit sudah menerima 3,000 'likes' dan 36,441 perkongsian.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Melambung [VIDEO]

Sekianlah artikel Melambung [VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melambung [VIDEO] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/melambung-video.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :