MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri.

MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri.
link : MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri.

Baca juga


MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri.

Bermula dari tahun 1969, kita dapat menyaksikan bagaimana kemarahan orang UMNO kepadanya, berjaya ditukarkan dan akhirnya kemarahan itu dihalakan kepada Tunku Abdul Rahman dengan cerita dongeng Mahathir tentang ketidakpedulian Tunku Abdul Rahman semasa Tragedi Berdarah 13 Mei tercetus.

Dan akhirnya Tunku Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan dan hidup menjauhi dunia politik walaupun pada 1988, Tunku turut terbabit bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan UMNO88 yang tidak diluluskan pendaftarannya oleh ROS kerana Mahathir mahu menubuhkan UMNO Baru yang akan menghilangkan jejak-jejak penjarahan ke atas harta-harta dan aset-aset tunai UMNO yang telah dibahagi-bahagikan kepada proksi-proksinya sebelum pengharaman UMNO asal.

Sehingga ke hari ini, sebahagian besar proksi-proksi Mahathir yang bermodalkan harta dan tunai UMNO, hidup mewah tetapi berlagak seolah-olah mereka memang lahir di atas talam emas, seperti Zaid Ibrahim dan anak-anak Mahathir sendiri!

Kemudian apabila Anwar Ibrahim mula mengisytiharkan perang terhadap Mahathir apabila menyatakan DANAHARTA dan KHAZANAH ditubuhkan semata-mata untuk bail-out syarikat-syarikat kroni dan anak-anaknya terutama Mirzan, akal dan helah Mahathir akhirnya menyaksikan tilam sebuah bilik di Tivolli Villa diangkut ke mahkamah untuk pembuktian wujudnya air mani Anwar Ibrahim bersama-sama air mani individu lain di atas tilam tersebut.

Kemarahan orang ramai terhadapnya, berjaya dikalahkan oleh akal dan helah Mahathir apabila dia membuat perjanjian gelap dengan Shuqui dan Dong Zhong sehingga menyebabkan sesiapa sahaja yang mempertikaikan kewujudan sekolah-sekolah aliran Cina, akan dikenakan hukuman di bawah Akta Hasutan.

Akal dan helah Mahathir juga digunakan untuk menjatuhkan Abdullah Badawi. Tidak sedikit orang yang percaya bahawa Abdullah Badawi tidak berkeupayaan sebagai Perdana Menteri (termasuklah penulis sendiri) kerana percaya dengan akal dan helah Mahathir.

Jambatan bengkok dan keengganan Abdullah untuk meneruskan projek-projek mega Mahathir yang bersandarkan kepada konsep konsesi yang mana rakyat perlu membayar tol dan pampasan yang berjumlah besar pula perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi, akhirnya menyebabkan Abdullah bukan sahaja tidak popular, tetapi juga dibenci.

Mahathir cuba menggunakan helah dan akal yang sama terhadap Najib Abdul Razak setelah kehendaknya tidak dipatuhi dan dipenuhi.

Lebih-lebih lagi selepas anaknya yang langsung tidak berbakat dan tidak mempunyai sebarang kebolehan - Mukhriz Mahathir - gagal dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO mahupun sebagai Naib Presiden UMNO.

Kemarahannya semakin bertambah apabila Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kedah bersama-sama ADUN UMNO-BN Kedah sepakat untuk mengundi keluar Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang digunakan sebagai kenderaan mudah bagi percutian di luar negara bersama-sama kaum keluarganya.


Demikianlah Artikel MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri.

Sekianlah artikel MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR PENGKHIANAT TERBESAR..... Akal dan helah Mahathir tidak boleh dinafikan, memang pada kelas yang tersendiri. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/mahathir-pengkhianat-terbesar-akal-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :