Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia

Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia
link : Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia

Baca juga


Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia

Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia

Orang ramai juga boleh turut serta menyertai acara jelajah, Google Malaysia di Giant Plentong, Johor pada 29 dan 30 Julai ini. (Gambar: 1malaysia.com.my)

Pepatah ada mengatakan bahawa “sekeping gambar mempunyai nilai seribu patah perkataan”. Seni lukisan juga tidak terkecuali daripada kehebatan sebegini, lebih-lebih lagi pengaruhnya dalam menyampaikan sesuatu mesej mahupun untuk memaparkan keindahan sesuatu budaya.

Malah, jika dilihat kepada perkembangan semasa di serata negara mahupun dunia, seni lukisan diangkat martabatnya menjadi tarikan utama industri pelancongan. Sebagai contoh, pada masa lampau seni lukisan jalanan dipandang rendah sehingga seringkali dianggap sebagai suatu jenayah vandalisme.

Namun, kini dengan sokongan pihak berkuasa setempat, ianya mampu menjadi tarikan utama kepada pelancong untuk melawat sesuatu kawasan itu. Laman sosial seperti Instagram juga padat dengan orang ramai bergambar di tempat-tempat yang mempuyai lukisan jalanan yang menarik.

Adakah anda seorang yang mempunyai minat melukis tetapi tidak mempunyai platform yang mencukupi untuk mezahirkan bakat anda? Kini contengan anda mampu menghiasi laman sesawang gergasi Google. Inilah masa terbaik untuk berkongsi karya anda dengan jutaan orang awam.

GOOGLE MAHUKAN KARYA ANDA

Bermula dari Jun lepas, Google Malaysia menganjurkan penganjuran 'Doodle 4 Google' bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September nanti.

Pertandingan yang bermula sejak tahun 2014, kini menjadi suatu acara tahunan. Tema pada kali ini adalah 'Meraikan Kepelbagaian Malaysia' dan ianya dibuka buat semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dan dibahagikan mengikut empat kategori umur iaitu 7 sehingga 8 tahun, 10 sehingga 12 tahun, 13 sehingga 15 tahun dan 16 sehingga 17 tahun.

Syarat penyertaan cukup mudah iaitu anda hanya perlu mereka satu ‘Google Doodle’ iaitu versi kreatif logo mereka mengikut tema yang ditetapkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada tengah malam 31 Julai ini. Tiada hadiah wang tunai disediakan tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, karya pemenang pertandingan akan muncul di laman utama google.com.my pada 16 September 2017 iaitu sambutan Hari Malaysia ke-54.

Pada peringkat awal penilaian, Google Malaysia akan memilih karya–karya terbaik mengikut setiap kategori. Kemudiannya, kategori-kategori ini akan disatukan dan dinilai semula oleh satu panel juri jemputan. Satu senarai akhir akan dipilih dan selepas itu, undian akan dibuka kepada orang ramai untuk memilih siapakah yang layak diumumkan sebagai pemenangnya.

Penyertaan boleh dilakukan dengan mengisi borang dan menghantar karya anda di Google Malaysia. Anda juga boleh menyertai acara jelajah, Google Malaysia di Giant Plentong, Johor pada hujung minggu ini (29 dan 30 Julai). Di sini, anda boleh melukis dan menyerahkan penyertaan anda pada lokasi tersebut. Sebelum ini, acara sama berkunjung di beberapa tempat lain seluruh tanah air seperti Kuantan, Penang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya.

KEHEBATAN LAMAN SESAWANG GOOGLE

Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, siapa yang tak kenal Google? Walaupun banyak laman carian di Internet yang muncul termasuk ditamatkan perkhidmatan, Google tetap utuh menerajui alam maya. Malah, mengikut laman penganalisis Internet Alexa, Google merupakan laman sesawang yang paling kerap dikunjungi ramai pengguna Internet mendahului laman-laman sosial lain seperti YouTube, Facebook, Wikipedia, Amazon dan banyak lagi.

Maka, sudah pasti peluang untuk hasil karya anda muncul di laman utama Google merupakan satu kebanggaan dan kejayaan yang besar. Laman ini seringkali mengubah logo mereka melalui konsep Google Doodle untuk meraikan pelbagai acara, sambutan, dan kehidupan tokoh-tokoh tertentu.

Di antara Google Doodle bertemakan Malaysia sebelum ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, P. Ramlee, Yasmin Ahmad, Mokhtar Dahari dan Sybil Kathigasu.

Pemenang pertandingan Doodle 4 Google pada tahun lepas merupakan seorang anak muda bernama Lee Yee Run. Karyanya yang membawa kejayaan buat dirinya itu bertajuk 'Malaysia To Me Is…' dan memaparkan pelbagai tempat tarikan pelancongan di Malaysia yang diolah menjadi logo Google.
 

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia

Sekianlah artikel Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peluang Cipta Nama Bersama Google Dikenali Seluruh Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/peluang-cipta-nama-bersama-google.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :