Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps

Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps
link : Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps

Baca juga


Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps


Mayat beku milik sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang 75 tahun lalu telah ditemui setelah glasier di Alps di Switzerland merekah.

Marcelin dan Francine, ibu bapa kepada 7 orang anak dikatakan telah pergi memberi makan lembu milik mereka di sebuah padang di Chandolin di Valais sebelum hilang pada 15 Ogos 1942.

Marcelin yang berkerja sebagai tukang kasut berusia 40 tahun pada ketika itu dan Francine, 37 bertugas sebagai seorang guru.

Polis Valais memberi kenyataan bahawa dua mayat dengan kertas pengenalan ditemui 13 Julai lalu pada ketinggian 2,615 meter oleh pekerja resort ski Les Diablerets di glasier Tsanfleuron berhampiran resort itu.

Sementara itu, pengarah syarikat kereta kabel Glacier 3000, Bernhard Tschannen berkata, mayat pasangan suami isteri ini ditemui baring bersebelahan.

Mayat suami isteri itu berpakaian zaman Perang Dunia Kedua dan dipelihara sempurna di glasier dan ditemui bersama beg galas, botol, buku dan jam tangan.

Ada kemungkinan mereka terjatuh ke dalam celah dan kekal disitu sehingga hari ini. Glasier yang semakin menyusut telah mendedahkan mayat mereka, ujarnya kepada akhbar Tribune de Geneve.

Ketika ditemui, sebahagian mayat itu tenggelam di dalam lubang dalam ais. Ujian DNA dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mayat tersebut.

Bernhard Tschannen menunjukkan lokasi penemuan mayat.

Sementara itu, anak perempuan bongsu pasangan itu, Marceline Udry-Dumoulin,79 memberitahu bahawa penemuan itu telah membawa ketenangan kepadanya.

Sepanjang hidup kami mencari mereka tanpa henti dengan harapan dapat memberi pengebumian yang sewajarnya kepada mereka suatu hari nanti ujarnya kepada akhbar Le Matin.

Ia merupakan kali pertama ibu mengikuti ayah untuk kerja itu kerana sebelum ini, dia sentiasa hamil dan keadaannya menyukarkan dia untuk memanjat glasier.

Setelah mereka hilang, saya dan adik beradik dipisahkan dan dijaga oleh keluarga yang berlainan. Saya bernasib baik kerana dapat tinggan dengan ibu saudara.

Walaupun kami adik beradik tinggal di kawasan yang sama, kami terputus hubungan, katanya.
Pasangan Marcelin dan Francine merupakan antara 280 individu yang dilaporkan hilang di Alps atau sungai Valais sejak 1925.

Ketua perubatan forensic bagi kawasan itu, Bettina Schrag memberitahu stesen radio Switzerland, RTS bahawa dengan rekahan dan penyusutan glasier dari semasa ke semasa, mereka menjangkakan lebih banyak penemuan lain akan terjadi.


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps

Sekianlah artikel Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penemuan Mayat Yang Hilang 75 Tahun Lalu Di Alps dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penemuan-mayat-yang-hilang-75-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :