ROS profesional, ikut peraturan - TPM

ROS profesional, ikut peraturan - TPM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ROS profesional, ikut peraturan - TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ROS profesional, ikut peraturan - TPM
link : ROS profesional, ikut peraturan - TPM

Baca juga


ROS profesional, ikut peraturan - TPM

BAGAN DATUK: Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) disifatkan profesional dan mengikut peraturan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan ROS itu mengikut perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966 demi menjaga kepentingan ahli dan pertubuhan itu sendiri.

"ROS memang berjumpa dengan saya dan saya telah meminta beliau (ketua pengarah ROS) bertindak profesional dan jangan menggunakan emosi, jauh sekali menggunakan mana-mana pemikiran di luar kotak perlembagaan DAP sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

"Ini kerana ROS adalah badan yang bertindak bagi menjaga mana-mana ahli pertubuhan termasuk pertubuhan politik kerana perlembagaan menjadi asas kepada parti politik atau pertubuhan berkenaan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan arahan ROS supaya parti itu mengadakan semula pemilihan CEC tidak masuk akal.

Timbalan Perdana Menteri yakin ROS juga akan mengeluarkan surat rasmi kepada DAP mengenai arahan tersebut.

Menurutnya, tidak ada tempuh masa untuk DAP mengadakan pemilihan semula itu.

Bagaimanapun, ujarnya, sekiranya DAP enggan mematuhi arahan yang dibuat, tindakan boleh diambil berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 dan selaras dengan perlembagaan parti itu sendiri.

Semalam, Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ROS profesional, ikut peraturan - TPM

Sekianlah artikel ROS profesional, ikut peraturan - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ROS profesional, ikut peraturan - TPM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ros-profesional-ikut-peraturan-tpm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :