link : Shahrir sindir Anwar tak jadi PM pun Malaysia tetap maju
Shahrir sindir Anwar tak jadi PM pun Malaysia tetap maju
Malaysia tetap maju meskipun tidak melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu tegas Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad, semua pihak perlu berhenti bercakap mengenai isu itu.
“Hentikanlah cerita atau cakap-cakap untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana hingga hari ini Malaysia berjalan dengan baik tanpa beliau memimpin negara ini,” katanya pada Majis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Johor Bahru di SJKC Foon Yew 1 hari ini.
Sindir Shahrir sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 hingga PRU Ke-14, ceritanya masih sama sahaja mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata, dunia sudah berubah, malah manusia juga telah berubah pendirian, fikiran, prinsip dan bermacam-macam lagi, sekali gus negara perlu berubah dan bergerak ke hadapan dan bukannya berterusan mahu ke belakang.
“Macam kita sanggup buat apa sajalah nak turunkan UMNO, nak ubah pemerintah, kita janji setuju dengan apa-apa punlah yang kita tak pernah setuju pun kita boleh setuju, saya ingat kita dah sampai satu peringkat yang sungguh-sungguh ‘desperate’,” katanya lagi.
Shahrir turut menyindir kepada pemikiran orang sekarang yang asyik buat ‘u turn’ sibuk mahu kembali pada zaman lalu dan bukannya nak maju ke hadapan.
“Keadaan sekarang dah lain, dunia pun berpusing tapi apasal kita ni asyik nak pusing balik, nak pusing balik, negara kita kena ‘adjust’ kepada perubahan yang berlaku takkan asyik nak ke belakang…kita kena ke hadapan.
“Jadi, saya kesian kepada rakyat Malaysia, ini dah nak masuk tahun ke-20 dah ni, PRU14 dah empat pilihan raya kita balik semula dengan nak jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Demikianlah Artikel Shahrir sindir Anwar tak jadi PM pun Malaysia tetap maju
Sekianlah artikel Shahrir sindir Anwar tak jadi PM pun Malaysia tetap maju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahrir sindir Anwar tak jadi PM pun Malaysia tetap maju dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/shahrir-sindir-anwar-tak-jadi-pm-pun.html