link : Soalan Tentang Kahwin
Soalan Tentang Kahwin
Hari tu aku terbaca confession kalut budak budak up status tak kahwin lg.
Aku setuju sgt lah dgn confessor.
Sebenarnya kalau ikutkan kau seorang yang sudah masuk umur 30 dan belum berkahwin, kau tak semak dah bila org tanya soalan cepumas ni. Biasanya kalau org tanya kau dah boleh melawak pun jawab bukan bukan kadangnya.
Dulu zaman aku 20an aku stress org tanya bila nak kahwin? Darah muda katakan.
Sekarang time nak raya je aku excited wei nak tunggu soalan mcm ni. Ni namanya pada aku soalan ice breaker tau. Soalan kau nak berkenal mesra dgn org. Time ni lah nak expand networking. Buatnya anak sedara makcik tu kerja company yg company kau ada buat tender/project sesama, ha kan ke dah senang tu. Berkenal mesra dulu. Nanti project boleh cerita esok. Tukar no dulu. Lusa boleh whatsapp.
Mentality kau berubah dik bila kau makin tua dan tak berkahwin. Kau fikir jauh dah. Goals dlm hidup kau dah tak berhenti setakat nak kahwin. Panjang lg dik hidupnya. Hashtag foreveralone ni tak boleh pakai. Member aku kahwin umur 40. Tak pernah guna hashtag foreveralone.
Hashtag favorite dia blessedlife.
Bila kau bersyukur, rezeki masuk dik. Relax je. Org tanya bila nak kahwin, kau mtk diorang doakan. Lg ramai doakan, Insyaallah mudah lah jalan kau nanti.
Tp jgn lah kau mtk org doakan je. Kau pun kenalah ada usaha jugak ok. Tak jalan kalau kau pun sama malas.
Kalau org rasa kau memilih, chill lah. Nak kahwin bukan mcm nak beli ikan kat pasar. Eh beli ikan kat pasar pun kau memilih. Lagikan nak pilih pasangan hidup. Ni cerita kahwin kalau boleh nak kekal tilljannah gitu. Kan kan kan. So relaxlah.
Akak pun tak kahwin lg dik. Bila tgok adik adik belum masuk 25 dah pening fikir nak kahwin, akak rasa geli hati dik. Pastu siap lah aku mesej kekawan sama umur terlajak tak kahwin. Marilah kita bergelak ketawa. Hilang stress aku.
Kahwin tu bagus jadikan one of your goal. But dont let it define how you wanna live your life. Sekali je hidup ni. Kalau yg belum berkahwin tu mak bapak hidup lagi, anggaplah Tuhan bg kau rezeki nak spend time lama sikit dgn diorang. Yg dah anak yatim piatu anggaplah Tuhan bg rezeki utk kau merasa hidup. Career ke. Duit ke. Travel ke. Atau yg plg senang rezeki ada sedara mara lagi. Pergilah melawat makcik makcik kau yg korang complain kan tu.
Orang tua ni kadang dia tak bermaksud nak guris hati kau. Diorang concerned. Bersangka baik dik.
Satu lg aku semak jugak org complain pasal sedara mara. Betul memang ada sedara mara yg macam palat, aku pun tak terkecuali. Tp aku fikir mcm ni, jgnlah kita berbuat dosa kering dgn org. Biar je kalau dia berkelakuan kurang baik dgn kau. You be a bigger person than them. Apa siaa nak sakit hati dgn org ni. Kalau sedara sedara aku mengomel aku biasanya senyum je. Pastu tukar topik. Kalau jenis yg tak makan ckp tu, aku sumbat mulut dia dgn kuih raya sebalang. Ok aku melawak lah.
Ni yg jenis hati senang sgt berbekas padahal org tanya pasal kahwin je pun, apahal dik?
Esok esok kau pun dah tua kau rindu tau sedara mara kau yg perangai outstanding macam ni. Bad experience makes for a good story.
Tahun ni aku tade complain melainkan complain kuih raya moden tak sedap. Tekak aku teringin sgt nak makan mama carrie. Baulu ikan ke. Kuih makmur ke. Tart bunga ke. Kuih suji ke. Kuih moden ni cantik dipandang, tak sedap dilidah dan tekak aku.
Lagi satu, percayalah ckp aku, perempuan makin berumur makin cantik biasanya. Kau apa tau, kau rasa kau dah cukup cantik. Adik aku umur 27 org sibuk tanya bila nak kahwin. Aku dah masuk 30 org igt aku lg muda dari adik aku. Bila kau selesa dgn hidup kau walaupun defy normalities sikit, terpancarlah sinar bahagia kat muka kau. Awet muda dik.
Andartu masih laku
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Soalan Tentang Kahwin
Anda sekarang membaca artikel Soalan Tentang Kahwin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/soalan-tentang-kahwin.html