Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion

Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion
link : Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion

Baca juga


Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion

GOMBAK: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memiliki wang tunai bernilai RM83 bilion di Taiwan ketika zaman pemerintahannya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk tampil mengemukakannya kepada pihak berkuasa.

"Kenapa sekarang? Kenapa sekarang, selepas 23 tahun Tun Mahathir berada dalam pejabat. Kenapa sekarang? Maksud saya, ini didorong oleh politik.

"Jika sesiapa mempunyai bukti maka dia perlu serahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban di Masjid At-Taqwa Selayang, hari ini.

Sebelum ini, dakwaan berkenaan didedahkan seorang individu bernama Abdul Hameed Gula Maiden, yang mendakwa dirinya bekas pegawai khas tidak rasmi ketika Dr Mahathir masih berkhidmat sebagai perdana menteri.

Dakwanya, jumlah wang tersebut diseludup pemimpin veteran tersebut sekitar tahun 1982 hingga 1995, selain mempunyai maklumat wang RM500 dan RM1,000 yang masih disimpan di Taiwan.

Menerusi dokumen yang didedahkan kepada media, sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65,417,100 keping wang kertas RM1,000 dikatakan masih disimpan di negara tersebut.

Abdul Hameed turut berkata maklumat yang dikongsikan kepada media sebelum ini berhubung perkara tersebut hanya merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan maklumat yang dimilikinya.


Demikianlah Artikel Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion

Sekianlah artikel Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin pertahan Dr Mahathir isu skandal RM83 bilion dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/azmin-pertahan-dr-mahathir-isu-skandal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :