Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…

Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…
link : Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…

Baca juga


Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…


WASHINGTON DC – Tentu sekali ramai yang sering beli-belah atas talian tidak perlu mengharungi kesesakan jalan raya khususnya pada waktu sibuk dan menikmati harga produk lebih murah.

Bagaimanapun anda juga perlu berwaspada ketika berbelanja secara online. Jangan jadi seperti wanita Amerika Syarikat ini yang asalnya begitu teruja mahu membeli sebuah kerusi untuk diletakkan dalam bilik pejabat!

Menurut media antarabangsa yang memetik catatan menerusi akaun Twitter seorang netizen dikenali sebagai Savannah, dia menempah sebuah kerusi plastik yang agak unik daripada laman beli-belah popular Amazon.

Ekoran amat tertarik dengan tawaran harga istimewa kerusi tersebut yang begitu rendah, iaitu AS$10 (kira-kira RM43) berbanding banyak lagi kerusi lain di pasaran, dia tidak ragu-ragu untuk segera menempah pembeliannya.

Namun alangkah terperanjat apabila kiriman penghantaran kerusi yang ditempah itu akhirnya tiba! Ia langsung tidak seperti apa yang dia jangkakan meskipun masih lagi boleh diletakkan dalam ruang sempit pejabatnya.


Kerusi yang ditempah memang seperti apa tertera dalam laman Amazon tersebut, tetapi ia amatlah kecil bahkan sebenarnya merupakan sebuah kerusi memang bersaiz kecil sesuai dijadikan perhiasan atau alat permainan.

Savannah kemudian memuat naik gambar serta pengalamannya menerusi Twitter dan orang ramai menasihatinya untuk terlebih dahulu rajin membaca keterangan dan ukuran yang tertera sebelum mengisi butiran tempahan.

Wanita tersebut dalam komen turut mengakui ia satu kesilapan dirinya sendiri tetapi menurutnya menerusi laman Twitternya, dengan harga yang begitu rendah, dia hanya membeli terus kerusi itu tanpa sempat berfikir dua kali.

Walaupun begitu, Savannah tidak menyesal atas pembeliannya itu kerana pengalaman tersebut amat lucu sambil menasihati pengguna lain untuk tidak pula mengulangi kesilapan serupanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…

Sekianlah artikel Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/mahu-beli-kerusi-dari-amazon-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :