Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP

Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP
link : Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP

Baca juga


Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP

Lebih 10 tahun, penduduk di Sungai Lembu, Permatang Pauh, Pulau Pinang hidup dalam keadaan penuh pencemaran hasil daripada sebuah kilang haram yang memproses serbuk kayu. Boleh dikatakan, saban tahun, palbagai aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan namun semuanya tidak di layan. Justeru, hiduplah mereka dalam keadaan penuh pencemaran tanpa sebarang tindakan tegas diambil.

Namun, penantian mereka akhirnya menemui titik nokhtah apabila beberapa agensi yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kilang berkenaan. Dalam serbuan berkenaan, pelbagai dokumen diambil sehinggalah ianya membawa SPRM menyiasat sendiri pihak berkuasa tempatan berkenana yang dilihat acuh tidak acuh sahaja dengan aduan yang dikemukakan oleh penduduk setempat.


Kemuncak daripada semua ini, akhirnya SPRM bertindak menahan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh setelah mendapati terdapat unsur rasuah dalam siasatan SPRM. Persoalannya, apakah impak yang akan berlaku terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang hasil daripada penahanan Boon Poh ini?

Secara amnya, Boon Poh mempunyai pertalian darah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Malah, bukan satu rahsia lagi bahawa Boon Poh adalah seorang Exco yang paling kaya di Pulau Pinang dan besar kemungkinan, dia adalah penyumbang terbesar kepada DAP khususnya perjalanan politik Dinasti Lim di dalam DAP.

Melihat akan perkembangan ini, sudah semestinya perjalanan politik Dinasti Lim yang selama ini dilihat cukup kebal dari sebarang ancaman dari ahli DAP sendiri bakal terganggu. Manakan tidak, seandainya Boon Poh dibicarakan dan didapati bersalah, besar kemungkinan segala harta yang dikumpul olehnya akan dibekukan dan ini akan memberi masalah besar buat Dinasti Lim.

Ditambah pula dengan Lim Guan Eng sendiri sedang berhadapan dengan dua tuduhan salah guna kuasa yang memungkinkan dia disumbat kedalam penjara, semuanya nampak tidak kena buat Dinasti Lim. Pada masa yang sama, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang terpaksa meninggalkan Parlimen Gelang Patah dan bertanding di Pulau Pinang demi menyelamatkan kerusi Ketua Menteri jatuh ketangan orang lain.

Nampaknya, satu persatu bala menimpa Dinasti Lim samada di Pulau Pinang mahupun di dalam DAP sendiri. Penahanan Boon Poh ini menjadikan kedudukan Dinasti Lim benar-benar dalam keadaan tertekan disamping sabitan kes terhadap Lim Guan Eng, menambah keserabutan yang membelenggu Dinasti Lim di dalam DAP. Hanya masa sahaja yang menentukan, sejauh mana DInasti Lim mampu bertahan.


Demikianlah Artikel Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP

Sekianlah artikel Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penahanan Phee Boon Poh Petanda Kejatuhan Dinasti Lim Di Dalam DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/penahanan-phee-boon-poh-petanda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :