Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media

Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media
link : Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media

Baca juga


Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang melarang semua agensi, jabatan dan anak syarikatnya melanggan tiga akhbar dari Kumpulan Utusan dan Berita Harian, menunjukkan sikap hipokrit barisan kepimpinan Azmin Ali.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd. Aziz Kaprawi berkata, tindakan kerajaan negeri Selangor itu bertentangan dengan slogan yang selalu mereka laungkan selama ini berkenaan hak dan kebebasan untuk pelaporan media.

“Dia (Azmin) tidak bercakap dengan apa yang selalu dia sebut ‘freedom of speech’, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, tetapi hari ini kerajaan negeri Selangor nampak menyekat kebebasan akhbar.

“Inilah sikap double standard, dia(Azmin) selalu cakap kebebasan akhbar dan suara tapi hari ini kerajaan negeri Selangor menyekat maklumat yang ada dalam negara kita. Inilah contoh pemimpin hipokrit yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk capai maklumat-maklumat yang menyeluruh.”

Tambah Aziz, tindakan tersebut juga merupakan satu cubaan untuk melindungi kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran Azmin Ali yang kerap dilaporkan oleh akhbar tersebut.

Walau bagaimanapun, Aziz percaya, meskipun kerajaan Selangor mempunyai hak untuk berbuat demikian namun, rakyat hari ini masih dapat membuat capaian berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di negeri itu.

“Hari ini dunia tanpa sempadan. Kamu menyekat tapi rakyat dapat membaca niat buruk kerajaan negeri Selangor untuk menutupi kelemahan-kelemahan mereka.

“Inilah wajah sebenar pihak pembangkang yang cuba menutup kelemahan mereka dengan menyekat berita dariapda akhbar-akhbar tertentu,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu surat pekeliling surat pekeliling dengan kepala surat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, SUK Bil.2 Tahun 2017 bertarikh 9 November 2017 tular di media sosial sejak semalam.

Surat kerajaan negeri setebal dua muka surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya itu mengarahkan pemberhentian langganan surat khabar dari Kumpulan Utusan dan Berita Harian.

Sebaliknya surat itu mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri hanya melanggan tiga surat khabar iaitu Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star.

Umum mengetahui ketiga-tiga akhbar terbabit banyak melaporkan aktiviti, perkembangan semasa dan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan kini Pakatan Harapan (PH).


Demikianlah Artikel Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media

Sekianlah artikel Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin hipokrit, tutup kelemahan dengan sekat media dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/azmin-hipokrit-tutup-kelemahan-dengan_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :