PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada

PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada
link : PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada

Baca juga


PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada

KUALA LUMPUR – Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didakwa sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti supaya dapat mengekalkan kroni dalam jawatan tertinggi parti sehingga pilihan raya umum akan datang.

Bekas EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Mohamad Taufik Abas, berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 September lepas, iaitu dalam tempoh setahun selepas penubuhannya.

“Penangguhan ini seolah-olah membuli ahli akar umbi supaya tidak dapat memilih sendiri calon yang mereka rasa layak mengisi jawatan dalam parti.

“Justeru, saya selaku ahli parti yang sah mendesak pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan secepat mungkin bagi membela nasib ahli parti yang ditindas kepemimpinan autokratik sebegini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamad Taufik mendesak RoS bertindak lebih cepat kerana sudah terlalu banyak aduan rasmi dibuat berhubung status sayap pemuda parti itu.

Katanya, sehingga hari ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang makluman tindakan bakal dilaksanakan RoS berhubung isu itu.

“Timbul khabar angin mengatakan ada beberapa pihak sudah berunding di belakang tabir untuk menutup kes ini.

“Jika ini benar, saya melihat RoS sebagai tidak serius dan takut mengambil tindakan terhadap PPBM dan pemimpin-pemimpin parti yang terbabit dalam penipuan dan penindasan kepada ahli partinya sendiri,” katanya.

Pada 19 Oktober lalu, Mohamad Taufik bersama dua bekas EXCO Armada, Muhammad Syazwan Ahmad Zainal dan Wahazir Wahabi membuat aduan rasmi berkenaan penipuan dan penggunaan nama Armada yang tidak sah mengikut perlembagaan rasmi parti.

Tiga bekas EXCO Armada itu menggesa ROS menyiasat perlembagaan parti berikutan status meragukan sayap pergerakan pemudanya.

Perkara itu dianggap serius kerana membabitkan sebuah parti politik dan telah memperdaya ramai rakyat Malaysia khususnya, ahli akar umbi parti yang bertungkus lumus bekerja untuk parti selama ini. – BH


Demikianlah Artikel PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada

Sekianlah artikel PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Kekalkan Kroni, Kata Bekas Exco Armada dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/ppbm-tangguh-mesyuarat-agung-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :