Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz

Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz
link : Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz

Baca juga


Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan dirinya tidak 'gentleman' apabila memilih untuk tetap berada dalam PAS sungguhpun tidak sehaluan dengan parti. 

Mahfuz berkata, tindakannya tetap 'gentleman' kerana beliau menyatakan pendiriannya terhadap parti secara terbuka dan bukan 'pak turut' yang mengkritik secara membuta tuli. 

"Saya gentleman, saya duduk dalam PAS tapi kritik PAS untuk nyatakan pendirian secara terbuka. Itu gentleman lah," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mohd Amar semalam yang menyifatkan keputusan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih 'gentleman' berbanding Mahfuz.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden PAS itu mengkritik PAS kerana mengambil pendekatan berkecuali sewaktu pengundian Bajet 2018, yang menurutnya ia bukan satu 'pendirian'.

"Saya bukan seorang ahli yang menjadi pak turut membuta tuli. Saya tak boleh terima keputusan parti mengatakan bahawa berkecuali dalam isu berkaitan rakyat di parlimen dalam hal bajet, saya tak boleh berkecuali.

"Kita dipanggil Yang Berhormat, bukan Yang Berkecuali. Wakil rakyat mesti buat keputusan, bukan datang untuk berkecuali dalam membuat keputusan. Berkecuali bukan satu keputusan. Bukan satu pendirian, pendirian adalah bersetuju atau tidak bersetuju," katanya.

Amiruddin pada Ahad lalu mengumumkan menyertai parti terajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu kerana tidak setuju pendirian PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.

Susulan itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bekas Yang Dipertua PAS Kuala Kedah itu mengenai ikrar bai'ah yang pernah dilafazkannya ketika menjadi calon pada pilihan raya umum lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Mahfuz berkata PAS hanya membangkitkan isu bai'ah untuk menutup kelemahan parti.

"Sepatutnya mereka lebih melihat kepada tindakan wakil rakyat atau ahli yang ramai keluar daripada parti menyertai parti-parti dalam PH.

"Bukannya menakutkan orang untuk keluar daripada PAS menyertai parti lain hanya dengan beri imej buruk kononnya seseorang yang keluar PAS melanggar bai'ah dan salah dari segi agama.

"Ini bagi saya mereka sudah melebihi kuasa Tuhan, sedangkan dalam Islam sendiri ada jalan keluar daripada bai'ah yang dibuat seperti yang telah disentuh oleh ramai ulama dan cendekiawan Muslim," katanya.

Mahfuz juga menafikan beliau masih kekal bersama PAS sehingga kini kerana 'takut' melanggar bai'ah.

"Tidak, bukan sebab bai'ah. Saya masih bersama PAS kerana saya nak mengajak ahli PAS sokong PH. Ini peluang saya untuk mendekati mereka. Dalam beberapa pertemuan yang saya atur, Alhamdulillah, berjaya," katanya lagi. 


Demikianlah Artikel Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz

Sekianlah artikel Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/saya-tak-kurang-gentleman-daripada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :