Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira

Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira
link : Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira

Baca juga


Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira

SETELAH mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan dia kini lebih berterus-terang dalam banyak perkara.

Menurut Sufian, 25, dia juga terbuka untuk berkongsi apa jua perkara termasuk hal peribadi dengan pelakon cantik itu.

“Selepas bertunang, kami bersikap lebih terbuka dan tidak berahsia dalam perhubungan.
Sufian Suhaimi Tak Jumpa Elfira

“Kalau ada rasa tak puas hati, terus beritahu dan tiada istilah terasa hati. Ada masalah, kami bincang bersama.

“Sekarang ini kami lebih rapat dan berkongsi banyak hal berkaitan kehidupan dan peribadi,” katanya.

Sufian ditemui di Malam Kemuncak Konsert Festival Folklore PJ Fair 2017 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor pada malam Sabtu.

Konsert yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut mengundang Datuk M. Nasir, Datuk Ramli Sarip, Ameng Spring, Kaka Azraf dan Faizal Ismail selaku pengacara.

Sementara itu, Sufian memberitahu dia banyak berkomunikasi dengan tunangnya itu menerusi panggilan telefon.

Baginya, kesibukan kerja bukan penghalang untuk dia terus berhubung dan berbincang mengenai perancangan perkahwinan.

“Kebiasaannya kami berbual melalui panggilan telefon dan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian.
“Masing-masing sibuk dengan kerja dan hanya itu cara untuk kami melepaskan rindu,” ujarnya.
Pasangan selebriti ini telah bertunang pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira di Cheras, Selangor.

Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan, namun masih belum menetapkan tarikh sebenar.

The post Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira

Sekianlah artikel Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/sufian-tiada-rahsia-dengan-elfira.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :