Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU

Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU
link : Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU

Baca juga


Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU


KERANA sayangkan anak, si ibu ini terpaksa membunuh anaknya sendiri demi kebaikan zuriatnya itu untuk masa hadapan.

Begtiulah yang menimpa seorang wanita berusia 83 tahun dari selatan China apabila dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana disabitkan kesalahan membunuh anaknya yang kelainan upaya.

Pihak mahkamah di Ghounzhou, wilayah Guangdong telah mendapati wanita warga emas dikenali sebagai Huang itu telah bersalah melakukan pembunuhan terhadap anaknya yang berusia 46 tahun.

“Walaupun dia bersalah, dia layak mendapat pengampunan,” ujar Wan Yunfeng, pengerusi mahkamah dan ketua hakim, dipetik daripada mStar Online.

Huang telah mendedahkan bahawa dia telah memberikan anaknya, Li sebanyak 60 biji pil tidur dan menjerutnya dengan menggunakan skaf sutera serta menutup hidungnya dengan pad kapas.

Pendedahan itu telah dilakukan ketika pendengaran kes yang berlangsung pada 9 Mei lalu.

Disebabkan alasan yang diberikan oleh wanita itu, pihak mahkamah telah memberikan penangguhan pelaksanaan hukuman selama empat tahun daripada sekarang.

Perbicaraan pada 21 September lalu telah menyaksikan pengakuan Huang apabila dia dikatakan terpaksa bunuh anaknya sendiri kerana bimbang tiada sesiapa mahu menjaganya selepas dia meninggal dunia.

Menurut laporan, Huang dikatakan telah menyerah diri selepas melakukan perbuatan jenayah itu.



“Saya tidak pernah berputus asa dengannya. Dia anak saya. Tapi kesihatan saya merosot sejak dua tahun lalu, sukar untuk menjaganya.

“Saya semakin tua dan lemah, mungkin saya mati sebelum anak saya.

“Saya dapat idea untuk membunuh dia seminggu lalu,” ujar Huang sewaktu dia menyerah diri,” katanya lagi.

Huang turut menulis sekeping nota sebelum membelikan ubat tidur kepada anaknya dan menegaskan bahawa itu ialah ideanya sendiri serta tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Li dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami beberapa kecacatan mental serta fizikal yang menyebabkan dia tidak mampu untuk berjalan mahupun bercakap.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah turut mempersoalkan mengapa Huang tidak menyerahkan mendiang Li kepada abangnya.

Namun, jawapan yang diberikan oleh Huang sangat ringkas iaitu dia tidak mahu menyusahkan anak sulungnya.

“Ia salah saya sebab melahirkan Li dan membuat dia merana. Saya rela membunuh dia daripada memberi kepada orang lain,” ujar Huang kepada mahkamah.

Anak sulung Huang memberitahu bahawa ibunya telah menjaga Li dan dia terpaksa berhenti kerja sejak adiknya itu berusia 10 tahun demi memperikan sepenuh tumpuan terhadap mendiang Li.

Hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhkan ke atasnya itu bagaiamanapun terpaksa ditangguhkan perlaksanaan selama empat tahun. – MYNEWSHUB.CC / AH
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU

Sekianlah artikel Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/warga-emas-tiada-pilihan-terpaksa-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :