link : Calon UMNO mampu rampas Bandar Tun Razak
Calon UMNO mampu rampas Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak mampu dirampas daripada tangan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekiranya meletakkan calon UMNO di kawasan tersebut.
Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mohd. Alias Abdul berkata, langkah itu perlu diambil berikutan kuasa pengundi Melayu meliputi 58.7 peratus daripada 86,602 pengundi di Parlimen tersebut yang mahu pemimpin tempatan khususnya dalam kalangan orang Melayu.
“Pada PRU-12 dan PRU-13, kita kehilangan kerusi ini kepada PKR berikutan keputusan pucuk kepimpinan meletakkan calon MCA melawan calon PKR yang merupakan orang Melayu.
“Penerimaan orang Melayu terhadap calon yang bertanding di kawasan ini menjadi penentu kepada PRU-14 yang digelar sebagai bapa kepada segala PRU. Sudah semestinya kita perlu menilai isu ini secara serius demi kelangsungan parti,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Belia Antarabangsa di sini kelmarin.
Yang turut hadir Timbalan Presidennya, Md. Hasbullah Mohd. dan ahli jawatankuasa kelab itu.
Mohd. Alias berkata, pihaknya mengenal pasti calon sesuai untuk bertanding bagi merebut kembali kerusi itu dan yakin kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14.
Menurutnya, pihaknya akan menyuarakan cadangan tersebut secara rasmi kepada Badan Perhubungan UMNO dalam masa terdekat bagi merealisasikan hasrat pengundi di kawasan Parlimen tersebut.
“Kita prihatin dengan semangat dan komitmen ahli parti yang setia menantikan wakil rakyat daripada UMNO untuk memenangi kerusi di kawasan berkenaan.
“Veteran UMNO juga bersimpati terhadap nasib orang Melayu yang semakin terhimpit dengan tekanan ekonomi di kawasan bandar terutama selepas PKR memenangi Parlimen Bandar Tun Razak,” katanya.

Demikianlah Artikel Calon UMNO mampu rampas Bandar Tun Razak
Sekianlah artikel Calon UMNO mampu rampas Bandar Tun Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon UMNO mampu rampas Bandar Tun Razak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/calon-umno-mampu-rampas-bandar-tun-razak.html