Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang
link : Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

Baca juga


Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang


SEORANG wanita bertindak menendang perut seorang jururawat ketika petugas tersebut ingin memberikan suntikan kepada anaknya yang berusia empat tahun.

Lebih mengejutkan lagi, jururawat yang berkhidmat di sebuah hospital yang terletak di Tongshan, Hubei, China itu sedang hamil enam minggu.

Menurut South China Morning Post, jururawat yang dikenali sebagai Zhu itu meminta kanak-kanak lelaki berkenaan supaya tidak bergerak bagi memudahkan suntikan itu diberi.

Namun, kanak-kanak tersebut meraung kesakitan dengan tiba-tiba membuatkan wanita berkenaan berang dan bertindak menarik rambut serta menendang perut Zhu.

Video yang menunjukkan perlakuan wanita berkenaan turut tular di negara tembok besar itu selepas kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu mendapat perhatian netizen di sana.



Akibat ditendang wanita berkenaan, jururawat yang berusia 38 tahun itu terjelopok ke lantai sambil memegang perutnya dengan tangisan.

Zhu yang ketika itu mengalami pendarahan dikejarkan ke jabatan obstetrik dan ginekologi hospital yang sama.

Hasil rawatan yang dijalankan, kandungan Zhu berada dalam keadaan yang bahaya dan kemungkinan akan mengalami keguguran.

Disebabkan perbuatan wanita tersebut membuat ‘kekecohan’ di hospital berkenaan tular, suaminya turut terkena tempias.

Suaminya, Xu Lianglu yang juga seorang pegawai di jabatan pengurusan bandar berkenaan terpaksa akur apabila diberhentikan kerja akibat tindakan isterinya itu.

Dilaporkan, kes tersebut sedang berada dalam siasatan pihak polis tempatan. – MYNEWSHUB.CC

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

Sekianlah artikel Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kanak-kanak-menangis-jururawat-hamil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :