link : Kekuatan Dap Bergantung Pada Perpecahan Pengundi Melayu Semata-mata
Kekuatan Dap Bergantung Pada Perpecahan Pengundi Melayu Semata-mata
Setiausaha Pemuda UMNO Selangor merangkap Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’Adzam Shah Ya’akop berkata, rakyat harus berhati-hati dengan sikap Dap yang sering berubah-ubah ibarat sesumpah demi kepentingan politik mereka semata-mata.
Jelas beliau, Dap sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian mereka untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Ini memang jelas terbukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu bilamana Dap sering menggambarkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang jahat dan macam-macam lagi tetapi kini mereka memuji Tun M seperti ‘Tuhan’.
“Begitu juga dengan Pas yang mereka sanjung dahulu tetapi kini Pas dikutuk, dilanyak ibarat ‘syaitan’ yang direjam. Sikap Dap ini menggambarkan betapa mereka sebenarnya bermuka-muka asalkan dapat kuasa,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru, beliau berharap agar pengundi akan bersikap lebih matang dan bijaksana dalam menentukan pilihan mereka di peti undi pada PRU-14 kelak kerana BN yang ditunjangi UMNO lebih konsisten dalam pentadbirannya dan melindungi hak tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
“Kerana itulah mandat harus terus diberikan kepada BN bagi menguruskan pentadbiran negara ini malah kredibiliti BN juga telah terbukti sejak sekian lama.
“Kita tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang kerana kita tahu apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan. Saya juga tidak mengatakan bahawa BN adalah yang terbaik kerana kita mempunyai kelemahan tetapi kita sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada demi kebaikan rakyat,” terangnya.
Mua’Adzam turut mengingatkan rakyat agar waspada dengan permainan politik kotor Dap yang bersandarkan kepada perpecahan pengundi Melayu.
“Kekuatan Dap adalah bergantung kepada perpecahan pengundi Melayu… sebab itu mereka akan sehabis baik menggunakan kuda tunggangan yang boleh memecah-belahkan kesatuan pengundi Melayu melalui parti-parti Melayu seperti PAN dan PPBM.
“Melalui parti kuda tunggangan inilah Dap telah menghidu untuk mengalahkan BN… mereka perlu memaksimakan perpecahan sokongan Melayu terhadap UMNO.
“Untuk itu mereka menggunakan pelbagai cara asalkan tujuan mereka tercapai.. bermula dengan meletakkan calon Dap di kalangan orang Melayu dan kini mereka menggunakan mantan-mantan pemimpin UMNO dan BN.
“Itulah strategi Dap,” tegas beliau lagi. – MediaUMNO

Demikianlah Artikel Kekuatan Dap Bergantung Pada Perpecahan Pengundi Melayu Semata-mata
Sekianlah artikel Kekuatan Dap Bergantung Pada Perpecahan Pengundi Melayu Semata-mata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kekuatan Dap Bergantung Pada Perpecahan Pengundi Melayu Semata-mata dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kekuatan-dap-bergantung-pada-perpecahan.html