Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?

Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?
link : Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?

Baca juga


Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?

PETALING JAYA: Buku merah ini kelihatan biasa-biasa saja tetapi bagi mereka yang melihatnya pasti berasa kagum.Ramai memuji dokumen perjalanan ini yang cantik dengan rekaan batik berwarna biru, merah dan oren.

Bahagian kulit di sebelah dalam pula mempunyai motif songket seolah tenunan keemasan, selain dua kuntum bunga raya kembang mekar di bahagian belakang.

Dengan motif flora dan fauna, helaian demi helaian memaparkan ikonik dan mercu tanda negara, dari Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara, sehingga ke Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Ia bukanlah buku karya seni, tetapi merupakan pasport Malaysia versi baharu dengan wajah baharu yang mula dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sejak 15 November lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, rekaan pasport Malaysia versi baharu itu berkonsepkan lima rukun negara, tradisi dan flora dan fauna, masing-masing mempamerkan kedamaian dan kesejahteraan negara.

"Konsep lima rukun negara ini dapat dilihat menerusi paparan awal gambar-gambar masjid iaitu simbolik kepada kepercayaan kepada Tuhan, Istana Negara (kesetiaan kepada raja dan negara), bangunan Parlimen (keluhuran perlembagaan), Istana Kehakiman (kedaulatan undang-undang) dan Muzium Negara yang menunjukkan warisan dan budaya kita (kesopanan dan kesusilaan)," katanya kepada mStar Online.

Berdasarkan pandangan dan maklum balas orang ramai, Mustafar berkata, mereka menyifatkan pasport Malaysia versi baharu ini adalah antara pasport antarabangsa yang tercantik di dunia.
Mustafar berkata, selain rekaan yang lebih cantik, pasport versi baharu turut mempunyai penambahbaikan pada ciri keselamatan.

"Muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip di dalamnya berbanding sebelum ini cip di bahagian belakang pasport.

"Setiap halaman pada pasport juga mempunyai ciri keselamatan tambahan. Pengesahan dari segi ketulenan pasport tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya didedahkan melalui cahaya ultra-violet (UV)," katanya sambil menambah kedudukan baharu cip itu menyukarkan pemalsuan maklumat dan bacaan data yang lebih mudah.

Difahamkan, ciri keselamatan tambahan pasport versi baharu adalah sekali ganda berbanding sebelum ini.Selain itu, ciri keselamatan turut dilengkapi pada kulit hadapan dan belakang pasport.
Mustafar berkata, hampir 20,000 pasport Malaysia versi baharu dikeluarkan sejak 15 sehingga 29 November lalu.

"Secara keseluruhan, sebanyak 1.7 juta pasport dikeluarkan dari Januari sehingga Oktober tahun ini dan secara purata Jabatan Imigresen mengeluarkan dua juta pasport setahun," tambahnya.
Pasport Malaysia versi baharu ini dikeluarkan di pejabat Imigresen bermula di Menara Ikhlas, Putrajaya sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.

Dalam pada itu, Mustafar menegaskan bahawa pasport versi baharu itu hanya dikeluarkan untuk permohonan baharu dan pasport sedia ada yang sah laku masih boleh digunakan.
Katanya, Jabatan Imigresen mengenakan pemeriksaan yang rapi terhadap setiap pasport dalam menentukan kesahihannya bagi memastikan standard mutu pasport Malaysia kekal unggul.



Demikianlah Artikel Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?

Sekianlah artikel Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/pasport-malaysia-versi-baharu-tercantik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :