“SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM

“SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM
link : “SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM

Baca juga


“SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan membantu Barisan Nasional (BN) untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Saya sedia membantu Umno dan BN di Selangor dan bersama dengan yang lain sekiranya ia adalah untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat dan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman dan pengaruhnya untuk meraih sokongan untuk BN.

Pada Oktober lalu selepas menghadiri majlis hi-tea oleh PAS Selangor, Abdul Khalid berkata, beliau akan berkempen untuk parti Islam pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya masih (wakil rakyat) bebas dan ada yang baik dalam hal ini, memberikan saya kebebasan untuk bekerjasama dengan sesiapa yang membantu menyatupadukan demi kebaikan negara,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang menambah, beliau tidak akan mempertahankan kerusinya pada PRU-14.

“Tidak timbul sama sekali mengenai kebimbangan bahawa saya membantu supaya saya dapat menjamin kerusi dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan mengosongkan jawatan menteri besar Selangor pada 2014.


Demikianlah Artikel “SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM

Sekianlah artikel “SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “SAYA SEDIA MEMBANTU UMNO DAN BN DI SELANGOR” – KHALID IBRAHIM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/saya-sedia-membantu-umno-dan-bn-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :