link : Zaid tak akan minta maaf... "ini kecil saja ni"
Zaid tak akan minta maaf... "ini kecil saja ni"
Walaupun berdepan kemurkaan Sultan Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tidak akan memohon maaf kerana mempertikai titah baginda yang menegur Tun Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.
Zaid juga mempertahankan kenyataan beliau menerusi akaun Twitter baru-baru ini yang didakwa bukan satu kesalahan, sebaliknya hanya berniat untuk menegur pemimpin.
“Saya rasa saya tidak ada buat silap, maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil saja ni. Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa yang kesalahan saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?.
“Nak kata saya bersalah atau tidak kena tunggu siasatan polis dululah, bicara di mahkamah, mahkamah tentukan. Polis akan siasat saya, setakat ini polis belum panggil lagi. Saya akan bagi penjelasan tidak ada masalah,” katanya dipetik Utusan.
Beliau berkata demikian ketika majlis Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian PDM Wakaf Siku Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Wakaf Siku, malam tadi.
Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu menghina Bugis.
Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.
Tindakan itu telah mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin yang turut menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang biadab.
Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan Zaid agar pulang sahaja ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan teguran baginda dalam isu Dr. Mahathir sehingga sanggup membuat kenyataan biadab seperti itu.
Demikianlah Artikel Zaid tak akan minta maaf... "ini kecil saja ni"
Sekianlah artikel Zaid tak akan minta maaf... "ini kecil saja ni" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zaid tak akan minta maaf... "ini kecil saja ni" dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/zaid-tak-akan-minta-maaf-ini-kecil-saja.html