link : Tahniah! Fizo & Hafiz Dah Jadi Bapa, Zizie Bergelar Ibu
Tahniah! Fizo & Hafiz Dah Jadi Bapa, Zizie Bergelar Ibu
Pembuka tirai tahun 2018 bagi tiga artis ini iaitu Hafiz, Fizo dan aktres Zizie Ezzate cukup bermakna kerana mendapat hadiah paling istimewa sekali gus mereka kini bergelar ayah dan ibu.
..
Pelakon dan ahli perniagaan, Fizo Omar dan isterinya Mawar dikurniakan bayi perempuan yang lahir pada 29 Disember lalu. Menerusi akaun Facebook miliknya, Fizo turut berkongsi pengalaman melihat Mawar melalui proses bersalin di dewan pembedahan.
..
Penyanyi Hafiz Suip pula berkongsi khabar di Instagram memaklumkan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah selamat melahirkan putera sulung mereka pada 31 Disember lalu.
“Assalamualaikum semua, pertama sekali saya bersyukur ke hadrat ILLAHI di atas kurnia-NYA cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup.
“Ia hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini,” tulisnya.
Malah, selebriti berusia 27 tahun ini turut berterima kasih kepada isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, keluarga dan sahabat serta peminat kerana meninggalkan momen terbaik di dalam hidupnya.
..
Manakala, aktres Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada 29 Disember lalu. Lebih bermakna, kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada 30 Disember (Sabtu).
Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.
The post Tahniah! Fizo & Hafiz Dah Jadi Bapa, Zizie Bergelar Ibu appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tahniah! Fizo & Hafiz Dah Jadi Bapa, Zizie Bergelar Ibu
Anda sekarang membaca artikel Tahniah! Fizo & Hafiz Dah Jadi Bapa, Zizie Bergelar Ibu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/01/tahniah-fizo-hafiz-dah-jadi-bapa-zizie.html