link : Hubungan Jarak Jauh Lizzy
Hubungan Jarak Jauh Lizzy
Meskipun pernah mengalami kegagalan dalam percintaan sebelum ini namun penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan tidak menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki.
Memetik laporan Kosmo! penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock ini mengaku dia kini sedang mengenali seseorang.
“Ya, kini saya ada mengenali seseorang. Sebenarnya, hampir dua tahun kami kenal tetapi tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain.
“Cuma sejak kebelakangan ini sahaja kami berkomunikasi dan rapat,”
Jelas gadis yang lebih mesra disapa Lizzy ini, hubungan itu rapat dek kerana mereka sering bertukar-tukar pendapat mengenai filosofi bersama lelaki berkenaan menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, Lizzy berkata perkenalan tersebut bukanlah bererti dirinya dan jejaka itu ke fasa bercinta.
“Saya anggap hubungan ini hanyalah sekadar sebuah persahabatan. Lagipun kami lebih memberi tumpuan terhadap bidang karier masing-masing,” ujarnya lelaki yang dikenali itu sebangsa dengannya dan tinggal di luar negara dek tuntutan kerja.
Dalam pada itu, Lizzy yang mengalami banyak kemelut dalam hidup termasuk gagal dalam percintaan mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan cinta.
Pelakon drama My Darling Inspektor Daniel ini memberitahu, dia tidak meletakkan had umur untuk menamatkan zaman bujangnya. Sekiranya sudah ada jodoh yang terbaik, dia akan menuju ke fasa perkahwinan.
“Pengalaman lalu menjadikan saya lebih berhati-hati. Saya mahu mencari seorang pasangan hidup yang sedar kekurangan dan kelebihan diri serta mencuba untuk memperbaiki diri,” tuturnya.
The post Hubungan Jarak Jauh Lizzy appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hubungan Jarak Jauh Lizzy
Anda sekarang membaca artikel Hubungan Jarak Jauh Lizzy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/hubungan-jarak-jauh-lizzy.html