link : Mahkamah: Najib 'Tidak Perlu' Fail Pembelaan Dalam Tuntutan 1MDB !
Mahkamah: Najib 'Tidak Perlu' Fail Pembelaan Dalam Tuntutan 1MDB !
Ini diputuskan hari ini oleh panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan yang membenarkan penggantungan permohonan mereka.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur enggan memberikan mereka penggantungan seminggu sebelum ini.
Bagaimanapun Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mengetuai panel itu, berkata permohonan oleh Najib dan 1MDB harus dibenarkan atas keadaan tertentu kes itu.
“Jika penggantungan itu tidak diberikan dan pada situasi di mana rayuan mereka (untuk membatalkan tuntutan itu) di Mahkamah Rayuan dibenarkan, ia hanya membuang masa kehakiman,” katanya.
Minggu lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng memerintah Najib, 1MDB dan kerajaan untuk memfailkan pembelaan mereka sebelum 9 Februari agar tidak mengalami sebarang prasangka.
Peguam Najib, Mohamed Hafarizam hari ini berhujah, plaintif tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan itu.
“Najib patut tidak dibawa sebagai pihak memandangkan penyelesaian luar mahkamah di London melibatkan IPIC dan 1MDB,” katanya.
Katanya, ia juga salah untuk mahkamah Malaysia campur tangan dengan hal ehwal kehakiman di luar Malaysia.
Peguam Tan Hock Huan yang mewakili 1MDB, berkata penggantungan pendek patut dibenarkan memandangkan Mahkamah Rayuan sudah menetapkan pengurusan kes pada 13 Februari dan rayuan terhadap keengganan Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan itu, yang akan didengarkan tidak lama lagi.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili anak guamnya yang dinamakan sebagai Gerakan Anak Muda Tolak Najib (Ganti) dan terdiri daripada ahli Pemuda pembangkang, berkata, tiada keadaan khas pun untuk membenarkan penggantungan itu.
Katanya, Hakim Hue memutuskan tiada kenyataan bawah ikrar mengatakan pemberian persetujuan antara IPIC dan 1MDB bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau sebarang undang-undang lain menghalang mereka daripada memfailkan pembelaan mereka.
Haniff yang dibantu oleh Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata anak guamnya sudah memfailkan tuntutan pada Julai, dan Najib dan 1MDB cuba melengahkan prosiding itu dengan menunjukkan keengganan memfailkan pembelaan.
Katanya, walaupun pengurusan kes ditetapkan pada 13 Februari, tarikh rayuan itu akan didengar masih belum ditentukan.
“Kes kita adalah pada asa bahawa penyelesaian luar mahkamah diperoleh dengan cara penipuan dan kepalsuan. Kita di sini tidak bersalah dan jika kita kalah, kita bayar kos itu,” katanya.
Tambah Haniff, arahan terbaru oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Raus Sharif menyatakan kes-kes tidak patut ditunda melainkan terdapat “kematian atau hampir mati”.
Pada 9 Januari, Hakim Hue menggugurkan permohonan Najib, 1MDB dan kerajaan untuk membatalkan tuntutan itu, menyatakan plaintif mempunyai kes yang boleh dipertikaikan dan perkara itu harus dibicarakan.
Najib, 1MDB dan kerajaan kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 11 Julai, plaintif mahu mendapatkan perintah mahkamah bahawa persetujuan penyelesaian antara IPIC dan 1MDB di London International Court of Arbitration pada 11 Mei diisytiharkan sebagai tidak sah.
Ganti juga mahu memaksa Najib, kerajaan dan 1MDB menyediakan penjelasan terperinci berkenaan wang yang dibayar kepada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS.
Pihaknya mendakwa pemberian persetujuan yang dipersetujui antara IPIC dan Aabar Investment PJS di London adalah salah dan palsu.
Kumpulan itu berkata mereka berasa terpaksa menyaman Najib dan 2 lagi pihak itu memandangkan tiada tindakan diambil terhadap mereka yang membuat “pembayaran palsu” kepada Aabar Investment PJS Limited, atau Aabar BVI, yang didaftarkan kepada Kepulauan Virgin British. IPIC mendakwa Aabar Investment PJS Limited bukan anak syarikatnya.
Anak syarikat IPIC adalah Aabar Investment PJS (tanpa Limited).
Berdasarkan penyelesaian itu, 1MDB berkata, antara lain, pihaknya akan membuat pembayaran tertentu kepada IPIC dan bertanggungjawab ke atas semua faedah dan bayaran wang pokok pada masa depan bagi 2 bon dikeluarkan oleh kumpulan syarikat 1MDB, yang perlu dilangsaikan pada 2022.
1MDB sebelum ini mendakwa pihaknya sudah membayar kepada anak syarikat IPIC, Aabar BVI, sebanyak RM3.51 bilion antara 2012 dan 2014.
Bagaimanapun IPIC mempertikaikan dakwaan itu pada 2016, mengatakan pihaknya tidka pernah menerima wang itu.
Berdasarkan pemfailan dengan London Stock Exchange, IPIC berkata pihaknya akan menerima AS$1.2 bilion dalam 2 pembayaran sama rata pada 31 Julai dan 31 Disember.
1MDB sudah pun melangsaikan jumlah tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah: Najib 'Tidak Perlu' Fail Pembelaan Dalam Tuntutan 1MDB !
Sekianlah artikel Mahkamah: Najib 'Tidak Perlu' Fail Pembelaan Dalam Tuntutan 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Najib 'Tidak Perlu' Fail Pembelaan Dalam Tuntutan 1MDB ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mahkamah-najib-tidak-perlu-fail.html