MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN

MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN
link : MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN

Baca juga


MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN

Tak ada isu, reka isu, cipta skandal dengan buat berita palsu... itulah perangai pemimpin DAP yang menembak 'peluru kosong' ke arah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata pembangkang tahu selagi Dr Zambry memimpin kerajaan negeri Perak, mereka tidak ada isu untuk dibangkitkan.

``Malah ulasan-ulasan dalam portal berita yang condong kepada mereka mengakui Dr Zambry adalah batu penghalang untuk mereka menawan Perak,’’ katanya dalam satu kenyataan media.

Saarani berkata, sebagai Ketua Whip ADUN Barisan Nasional Negeri Perak, beliau ingin menyentuh mengenai kenyataan ADUN Sitiawan  Dato Ngeh Koo Ham baru-baru ini.

``Jika diamati, tuduhan-tuduhan yang dibuat dalam kenyataan itu adalah isu-isu "kitar semula" untuk memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan negeri,’’ katanya.

Menurut beliau, segala tuduhan yang dilemparkan dalam sidang akhbar berkenaan sudah dijawab, baik pada Sidang Dewan Undangan Negeri, mahu pun di luar beserta bukti-bukti kukuh.

``Adalah sesuatu yang dangkal untuk mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan atas tuduhan-tuduhan tidak berasas.

``Dalam sidang akhbar tersebut, YB Ngeh dan beberapa pemimpin pembangkang berkali-kali menyebut perkataan "skandal" sedangkan perkara itu yang tidak pernah berbangkit sama sekali,’’ katanya.

Katanya, pertama dibangkitkan mengenai pembayaran bonus yang diterima oleh Menteri Besar sedangkan perkara itu sudah berkali-kali dijelaskan bahawa ia dibayar pada masa Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membuat keuntungan.

``Bayaran bonus bukan sahaja diterima oleh pengerusi, tetapi juga pegawai dan kakitangan PKNP,’’kata Saarani.

Kedua, katanya,  kereta yang dibeli oleh pihak PKNP untuk kegunaan Menteri Besar bukanlah milik peribadi seperti yang didakwa, tetapi untuk kegunaan syarikat.

``Jika dua perkara ini menjadi kayu ukur kepada Ngeh dan pemimpin pembangkang untuk membuat tuduhan terhadap Menteri Besar, maka timbul persoalan sama ada mereka juga akan mendesak Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan kerana menerima bonus jauh lebih tinggi selaku pengerusi pelbagai agensi dan anak-anak syarikat kerajaan di Selangor?

``Kalau YB Ngeh dan pimpinan DAP begitu serius melawan skandal, maka mereka perlu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng meletak jawatan kerana sedang bergelut dengan dakwaan skandal ratusan juta ringgit termasuk skandal banglo mewah dan Projek Terowong Dasar Laut.’’ Kata Saarani.

Menurut beliau, ini membuktikan sikap hipokrit tahap tinggi yang dimiliki pemimpin DAP di Perak dengan mencipta 'skandal' dan fitnah untuk memburuk-burukkan orang lain, tetapi menutup mata dan mengunci mulut terhadap skandal yang dihadapi pemimpin mereka sendiri.


Demikianlah Artikel MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN

Sekianlah artikel MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Perak terima bonus... Ini penjelasan Ketua Whip ADUN BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mb-perak-terima-bonus-ini-penjelasan.html

Subscribe to receive free email updates: