Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq

Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq
link : Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq

Baca juga


Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq

Seorang aktivis Gabungan Rakyat Prihatin, Datuk Roslan Ambri hari ini menyelar sikap penceramah kontroversi Ustaz Abu Shafiq Al-Asy’ari yang memuat naik video mengkritik ibadah umrah Dato’ Seri Najib Razak baru-baru ini.

Serentak itu, beliau menyeru Mufti Pahang, Sohibus Samahah Dato’ Seri Abdul Rahman Othman untuk segera memanggil ustaz berkenaan bagi memberi penjelasan mengenai adab menegur pemimpin dalam Islam, bukan dengan cara untuk mengaibkan pemimpin negara di media sosial.

“Jika pemimpin kita Islam, kita perlu bersama-sama memperkuatkan Islam di negara kita dengan berusaha menyatukan umat Islam, bukan memecah belahkan atau menghina pemimpin negara sesuka hati.

“Bukan tidak boleh tegur, tetapi tegurlah secara berhemah dengan berjumpa sendiri dengan Najib. Jika tidak boleh di Putrajaya, boleh jumpa di Pekan, Pahang yang tidak jauh dengan tempat ustaz Abu Shafiq,” katanya mengulas video penceramah yang memperkenalkan dirinya dalam facebook sebagai pemikir Islam dan ‘ahli sunnah waljamaah hakiki’.

Abu Shafiq mempertikaikan Najib memasuki bahagian Makam Rasulullah ketika lawatan rasmi ke Tanah Suci ketika melakukan umrah di Mekah baru-baru ini.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib memberi salam secara langsung kepada Baginda Rasulullah SAW.

Tambah Roslan, tanah perkuburan itu sudah dikira sebagai kubur atau makam yang tidak semestinya merujuk kepada seseorang boleh menyentuh makam baginda, lokasi yang Najib dapat masuk itu biasa tidak dibenarkan masuk kepada orang awam.

“Sebenarnya, ini permaianan ayat Abu Shafiq sahaja kerana jika kita pergi melawat ke kompleks makam Rasulullah itu pun dah dikira makamlah, apa lagi Perdana Menteri diberi peluang untuk melepasi pintu satu yang kebanyakan orang tidak berpeluang” katanya.

Mengulas mengenai salam Najib secara terus kepada Rasulullah yang turut dikontroversikan oleh Abu Shafiq, Roslan menjelaskan Najib menyebutkan bahawa beliau memetik pendapat ulama’.

“Bila ustaz Abu Shafiq bercakap begini, saya yang selalu memandang tinggi kepada seorang ustaz, telah terasa kecewa. Saya harap ustaz berfikir semula, cukup-cukuplah mengaibkan pemimpin. Tunjukkan keperibadian ustaz sebenar,” katanya.



Demikianlah Artikel Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq

Sekianlah artikel Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Pahang Diminta Memanggil Segera Ustaz Abu Shafiq dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mufti-pahang-diminta-memanggil-segera.html

Subscribe to receive free email updates: